j-QAF adalah satu program yang unik -Pengarah

SK Kemendur 28 Ogos 2008 : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka Tuan Hj Isa Abu merasakan program j-QAF adalah satu program yang begitu unik dari segi perlaksanaannya.Beliau yang berucap di Majlis Peramian Penutup Ihtifal Khatam al-Quran tengahari ini berharap slogan j-QAF World akan dapat melahirkan warga Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia." Saya amat berharap agar sasaran khatam al-Quran bagi pelajar tahun empat pada tahun ini akan tercapai seperti yang dirancang pada tahun 2010.Saya amat percaya dengan kemampuan guru-guru j-QAF yang semuanya dipilih dikalangan graduan ijazah dari dalam dan luar negara." ujar beliau.Beliau berharap j-QAF Melaka tidak hanya hebat di Negeri Melaka tetapi juga akan tetap hebat di peringkat kebangsaan.Beliau memaklumkan satu program besar yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan iaitu Program 10,000 Khatam al-Quran yang akan dikelolakan bersama Jabatan Pelajaran Melaka dan Majl...