17 November 2009 Dewan al-Azim Masjid Negeri Melaka : Tuan Hj Ismail Mohamd , Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Melaka hari ini berharap pelajar tahun 5 pada tahun ini akan dapat mengkhatamkan al-Quran mereka sebelum tahun 2010. Berucap dihadapan peserta Kem Bina Juara dan Kem Literasi disini....update
Pastikan Pelajar Khatam Sebelum 2010 - Ketua Sektor
j-QAF pemangkin kepada proses pelajar menuju alam remaja
.jpg)
11 November 2009 : SK Kem Terendak Satu : j-QAF merupakan satu elemen penting didalam memangkin para pelajar didalam menongkah arus kegawatan zaman keremajaan pada masa datang.Tuan Hj Isa bin Abu Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka menegaskan ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Ihtifal Khatam al-Quran kali ke -4 disini.Majlis yang gilang-gemilang pada hari tersebut menunjukkan komitmen j-QAF didalam melahirkan generasi berilmu dan beramal sudah mula mendatangkan hasil. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Hj Ismail Mohmd ,Ketua Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Daharom Ketua Unit SPI ,Pegawai-pegawai dari SPI dan PPD seluruh negeri Melaka. Sementara itu Ustaz Che Mat Che Leh melahirkan perasaan terharu atas peningkatan j-QAF dari segenap segi dari pelajar hinggalah ke pengurusan guru-guru yang setia dan bertungkus lumus didalam menjalankan Ihtifal pada tahun ini " Perbualan saya dengan pengarah berharap satu Mahrajan atau Festival j-QAF akan diadakan pada masa-masa akan datang."ujar beliau ketika ditemuramah di khemah VIP ketika menjamu selera disini.
Berita j-QAF
Dua Pertandingan menyaksikan juara baru
.jpg)
.jpg)
.jpg)

SK Kem Terendak 1 : Ihtifal khatam al-Quran Peringkat Negeri Melaka berlangsung dengan jayanya. Majlis berlangsung seawal 8.30 pagi menyaksikan persaingan sengit antara sekolah-sekolah yang bertanding. Pada akhir majlis tersebut KALAM JAMAEI telah dijuarai oleh SK Bukit Baru dan DIKIR BARAT oleh SK Batu Berendam menyaksikan juara baru bagi pertandingan tersebut.Sementara KUIZ oleh SK Melekek dan TILAWAH Lelaki oleh SK Datuk Tamby Chik Karim dan TILAWAH PEREMPUAN - SK Pengkalan Balak.Ihtifal kali ini memperlihatkan kematangan pelajar dan program j-QAF yang hampir lima tahun ianya berlangsung.Tahniah kepada yang berjaya
Mesyuarat Pembinaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pend. Islam Tahun 2


27-29 Oktober 2009, Puteri Resort. Seramai 70 orang Pegawai Pelajaran Negeri dan guru-guru Pend. Islam dan j-QAF berkumpul di Melaka untuk membina Modul Transformasi Pend. Islam tahun 2. Mesyuarat ini juga disertai oleh guru-guru Pend. islam dan j-QAF dari negeri Melaka. Menurut Tn. Hj. Muhammad kamil bin Ali dari Bidang Pend. Islam, Bahagian Pembangunan Kurikulum, sukatan tansformasi Pend. Islam tahun 1 akan bermula pada tahun 2011. Sukatan transformasi ini akan menambah baik kurikulum pend Islam yang sedia ada terutamanya bagi mencapai sasaran penubuhan j-QAF di sekolah rendah, tambah beliau lagi. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini demi kecemerlangan anak didik kita pada masa hadapan.
.jpg)
.jpg)
Berita j-QAF
Kesinambungan j-QAF perlu di teruskan - Ketua Sektor

Dewan Bestari 20 Oktober : Tuan Hj Ismail bin Mohamd Ketua Sektor di Sektor Pendidikan Islam menyarankan semua peserta-peserta kursus pemantapan kali ini menyambung kesinambungan perjuangan j-QAF sejak tahun 2005.Beliau menegaskan program j-QAF adalah satu elemen penting didalam Sektor Pendidikan Islam " Saya telah mengikuti program ini sejak tahun 2003 dan sehingga kini tahun ini saya sangat berpuas hati dengan pencapaian j-QAF dan berharap anak sulung j-QAF akan mencapai tahap yang dirancang pada akhir November ini" tegas beliau ketika berucap di Majlis Penutupan Kursus Pemantapan guru-guru j-QAF kohort 2008 disini.Sementara itu Ustaz Mohd Suhaili Haron ,Ketua peserta bagi kursus kali ini berasa bertuah kerana diberi peluang untuk menghadiri kursus ini. " Sebenarnya kursus ini sangat penting untuk memantapkan lagi perjalanan j-QAF disekolah-sekolah kohort 2008" ujar beliau . Sebelum itu Ustaz Che Mat Che Leh Penolong Pengarah j-QAF sempat bersoal-jawab dengan para peserta membincangkan permasalah persekolahan dan lain-lain.
Berita j-QAF
WEB RASMI SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
Kursus Pemantapan Guru-guru j-QAF Kohort 2008
Dewan Bestari : JPN Bukit Baru 19 dan 20 Oktober 2009: Seramai lebih 50 orang guru-guru j-QAF dari seluruh Negeri Melaka telah menghadiri kursus dua hari disini. Menurut Ustaz Che Mat Che Leh " Pada tahun ini kita hanya dapat mengadakan di JPN sahaja kerana kesuntukan waktu. Insyallah pada masa-masa hadapan kita akan mengadakan dengan fasiliti yang lebih baik.
Kursus ini di kelolakan sepenuhnya oleh jurulatih-jurulatih utama j-QAF Negeri Melaka.
Berita j-QAF
: .jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
