BULAN REJAB TELAH TIBA

3:35 AM myekioskz 0 Comments

Kepada semua warga jqaf melaka:

Selamat menyambut bulan Rejab yang ditunggu oleh setiap umat Islam yang beriman. Bulan Rejab ini banyak kelebihan yang terdapat padanya. Antaranya ialah ;
1. Sabda Rasulullah s.a.w. ; “Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memulikan kamu dengan seribu kemuliaan di hari qiamat.”
2. Sabda Rasulullah s.a.w. ; “Bulan Rejab bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.”
3. Kemulian Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, Syaaban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya.
4. Malam awal Rejab mustajab doanya (Raudhatu – Imam Nawawi).
5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat Syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipat gandakan pahalanya.
6. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang menghalang dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa empat hari pada bulan Rejab di’afiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dicela di hari Qiamat.
8. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari, keluar daripada kubur bercahaya mukanya.
9. Puasa tujuh hari daripada bulan Rejab ditutup daripada pintu neraka.
10. Puasa lapan hari, dibuka baginya lapan pintu syurga.
11. Puasa sembilan hari, keluar dari kuburnya menyeru لا اله الا الله , tidak ditolak dia masuk ke syurga.
12. Puasa sepuluh hari, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di titi Sirathal Mustaqim pada tiap-tiap satu batu.
13. Puasa enam belas hari, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa sembilan belas hari, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Allah Adam.
15. Puasa dua puluh hari, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal baki yang tertinggal daripada umurnya.
16. Berkata Saidina Ali r.a. ;
i) Puasa Rejab tiga belas hari seperti puasa tiga ribu tahun.
ii) Puasa Rejab empat belas hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
iii) Puasa Rejab lima belas hari seperti puasa seribu tahun.
17. Kelebihan bulan Rejab dari segala bula seperti kelebihan al-Quran atas segala kalam.
18. Puasa sehari seperti empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga

Sekian untuk renung bersama.Tkasih