Posts

Showing posts from June 2, 2011

Tahniah kepada Admin Utama dan Pembina Sistem Permohonan, Pemilihan, Penempatan, Semakan dan Rayuan Online Kemasukan Ke Tingkatan 1 Aliran Agama Negeri Melaka (2009 - 2011

Image
Warga Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada admin utama dan pembina Sistem Permohonan, Pemilihan, Penempatan, Semakan dan Rayuan Online Kemasukan Ke Tingkatan 1 Aliran Agama Negeri Melaka (2009 - 2011), adik Muhammad 'Ammar bin Muhammad Sani (Pelajar SMKA Sultan Muhammad) atas pencalonan sebagai penerima Anugerah Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran JAKIM, MOSTI dan Yayasan Inovasi Islam. Majlis ini akan diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2011 (Khamis) jam 6.00 petang. Penyampaian anugerah akan disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan disiarkan secara langsung melalui RTM 1. Makluman berkaitan telah dimaklumkan ke Sektor Pendidikan Islam melalui panggilan telefon yang diterima daripada urus setia program di JAKIM pada jam 5.15 petang 30 Mei 2011 yang lalu d