Mesyuarat Pembinaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pend. Islam Tahun 2

27-29 Oktober 2009, Puteri Resort. Seramai 70 orang Pegawai Pelajaran Negeri dan guru-guru Pend. Islam dan j-QAF berkumpul di Melaka untuk membina Modul Transformasi Pend. Islam tahun 2. Mesyuarat ini juga disertai oleh guru-guru Pend. islam dan j-QAF dari negeri Melaka. Menurut Tn. Hj. Muhammad kamil bin Ali dari Bidang Pend. Islam, Bahagian Pembangunan Kurikulum, sukatan tansformasi Pend. Islam tahun 1 akan bermula pada tahun 2011. Sukatan transformasi ini akan menambah baik kurikulum pend Islam yang sedia ada terutamanya bagi mencapai sasaran penubuhan j-QAF di sekolah rendah, tambah beliau lagi. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini demi kecemerlangan anak didik kita pada masa hadapan.