j-QAF World memang sinonim dengan j-QAF Negeri Melaka -Ketua Sektor


SK Kemendur 28 Ogos : Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral JPN Melaka berasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Ihtifal pada tahun ini.Beliau yang berucap dimajlis penutupan memaklumkan seramai 448 guru j-QAF yang berada dinegeri Melaka perlu meneruskan usahagigih didalam menjayakan program yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui idea YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2004 yang lalu." Kita telah melancarkan slogan j-QAF World bagi Negeri Melaka sebagai satu semangat dan pandu arah j-QAF negeri ini.Apa yang membanggakan kita ialah Negeri Melaka telah mencapai 90% pencapaian didalam pelaporan j-QAF baru-baru ini"Ujar beliau ketika berucap di majlis perasmian disini.Beliau amat yakin dan percaya dengan semua warga j-QAF Negeri Melaka yang telah memberi komitmen yang begitu baik didalam menjayakan program murni ini.Beliau juga memaklumkan kewujudan blog yang dibangunkan sendiri oleh para jurulatih utama j-QAF yang telah menaikkan imej Sektor Pendidikan Islam dan Moral.Ucapan syabas dan tahniah kepada pemenang-pemenang Ihtifal pada kali ini dan berharap progrm seperti ini akan menaikkan lagi penguasaan murid pada masa akan datang.
Berita jqafmelaka

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan