Kembali ke blog

Saturday, August 16, 2008

Semarak Jawi Agak Suram

16Ogos 2008 : Perpustakaan Melaka(PERPUSTAM):Semarak jawi yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam pada pagi jumaat semalam.Beliau yang kesal dengan beberapa pihak yang meminggirkan tulisan jawi didalam pelbagai aspek dibidang masing-masing.Beliau mencadangkan semua IPT mengambil inisiatif untuk memartabatkan tulisan jawi di institusi pengajian tinggi.Beliau sempat melawat di Bilik Pameran j-QAF melihat tayangan dan bilik pameran dan sekitar kiosk jualan disini.Sementara itu Us Riduan Salleh Ketua Pameran j-QAF kesal dengan sambutan pengunjung dari warga Negeri Melaka yang kurang sambutan ."Seperti tahun lalu, pameran kami menjadi kegemaran kanak-kanak yang berkunjung ke sini.Ini mungkin disebabkan faktor cuti sekolah telah bermula dan ramai yang telah bercuti keluar dari Negeri Melaka."ujar beliau. Dibeberapa ruang PERPUSTAM pertandingan Petah Jawi, Pertandingan Melukis diadakan sejak dua hari lalu.Esok Pertandingan menterjemah Tulisan Rumi ke Tulisan Jawi akan berlangsung pada jan 9.00 pagi esok.Semua warga blog dijemput sama-sama meramaikan program murni tersebut.

Berita jqafmelaka.