Pengumpulan Pelaporan j-QAF Kebangsaan

9:46 PM myekioskz 0 Comments

Pengumpulan pelaporan j-QAF peringkat kebangsaan untuk siri bulan Oktober 2008 dijangka akan diadakan di KL International Hotel Kuala Lumpur.Semua wakil dari seluruh negara akan berkumpul disana untuk proses akhir pengumpulan pelaporan tersebut.Melaka akan diwakili oleh Penolong Pengarah j-QAF Us Che Mat Che Leh dan Ketua Jurulatih Utama Us Abdul Razak Aman dijangka ke sana pada 11 November ini."Pengumpulan laporan diperingkat telah dibuat oleh jurulatih yang dilantik diperingkat daerah Jasin,Melaka Tengah dan Alor Gajah, pada hari Isnin ini diharap dapat melengkapkan lagi beberapa sekolah yang mempunyai masalah teknikal dalam pengisian laporan"ujar Ustaz Abdul Razak ketika ditemui di Balai Cerap Khawarizmi tempohari.Pada pelaporan Jun 2008 yang lalu Melaka telah mencapai 90 peratus dari sasaran yang ditetapkan.Sebanyak 14 buah negeri akan berkumpul disana disamping membincangkan perancangan tahun 2009 nanti.
Berita jQAF