Posts

Showing posts from August 13, 2008

KURSUS PEMANTAPAN UNTUK GURU-GURU PENDIDIKAN ISLAM j-QAF ambilan 2007

Satu Kursus yang akan diadakan esok,Khamis dan Jumaat bertempat di Dewan Bestari ,Jabatan Pelajaran Bukit Baru Melaka.Kursus Pemantapan bagi guru-guru pendidikan Islam j-QAF Negeri Melaka Ambilan 2007.Semua guru-guru j-QAF diharap dapat hadir awal ke tempat kursus seperti didalam surat jemputan yang diedarkan kesekolah-sekolah. Pada hari yang sama Pertandingan Ihtifal Kawasan Alor Gajah akan diadakan diSK Simpang Ampat seperti yang diwartakan sebelum ini. Di hari yang sama juga ahlijawatankuasa Semarak Jawi bersiap sedia untuk persiapan di Dewan Perpustam untuk Pameran Semarak Jawi yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Ogos ini. Semua adalah dijemput hadir memeriahkan pameran ini.

KEPADA TUAN RUMAH PERINGKAT KAWASAN

Blogjqafmelaka berharap agar guru-guru j-QAF yang menjadi tuan rumah Ihtifal Khatam al-Quran Tahun 2008 yang telah berlangsung untuk menghantar email berupa gambar-gambar program yang telah berlangsung ke email : jqafmelaka@yahoo.com untuk dipamerkan kepada warga blog.Untuk makluman semua blog jqafmelaka kini sudah mula mendapat perhatian ramai sebagai satu wadah penyampaian maklumat,berita,makluman yang tepat untuk kebaikan bersama.Sekalong terima kasih kepada warga Sektor Pendidikan Islam Dan Moral yang diketuai oleh Ust Ismail Mohamd yang memberi sokongan kepada kewujudan blog ini.Pihak blog akan mengemaskini dari masa kesemasa blog ini sebagai satu wacana untuk semua guru-guru pendidikan Islam seluruh Negeri Melaka. jqafmelaka@blog2008