Posts

Showing posts from September 11, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Image
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam memastikan pendidikan adil kepada semua peringkat golongan masyarakat, dua prinsip utama diperjuangkan kerajaan iaitu meritokrasi kecemerlangan dan keadilan sosial. Beliau berkata adunan dua prinsip itu penting bagi memastikan kejayaan pergerakan sosial mobiliti di negara ini terus dinikmati semua pihak Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.