KEM IMTIYAZ BERJALAN SERENTAK HARI INI

11:05 PM myekioskz 0 Comments




MELAKA 28OKTOBER : Kem Imtiyaz al-Quran berjalan serentak di tujuh kawasan diseluruh Negeri Melaka.Majlis pendaftaran berjalan lancar .Semua Pelajar dan fasilitator telah diberi taklimat oleh semua Kem Komandan Kawasan masing-masing.Walaupun sebilangan sekolah masih bercuti sambutan Hari Deephavali namun semangat untuk berjaya telah ditunjukkan oleh para pelajar disini.Pn Rahimah Rahim urusetia di Sek Keb Melekek memberitahu pihak blog suasana harmoni dan tenang seolah-olah kehadiran 161 orang pelajar disini tidak kelihatan." Saya mencadangkan agar kem ini diadakan di Hotel-hotel atau tempat-tempat yang boleh bermalam agar mudah untuk mengelola para pelajar " Kata beliau ketika sibuk menyiapkan laporan bersama Kem Komandan Us Helmi Mian.Sementara itu di SK Masjid Tanah diberitakan hujan lebat pagi tadi menyebabkan pembahagian pelajar dibuat lebih awal .Us Mohd Rashdan berkata " Tiada masalah besar berlaku kecuali sedikit kekecohan apabila hujan mulai turun.Walaubagaimanapun kerjasama para fasilitator dan urusetia SK Masjid Tanah dapat diatasi dengn cepat.Kem ini dijangka akan berakhir pada 30 Oktober ini.
Berita j-QAF