Kembali ke blog

Wednesday, November 5, 2008

Perserta Kursus Tahsin Siri Dua lebih bersemangat





Balai Cerap Khawarizmi 6hb November : Seramai lebih 120 peserta Kursus Tahsin Siri 2 hadir mengikuti kursus tersebut selama dua hari disini.Guru-guru jQAF yang kebanyakkannya dari kohort 2006 dan 2007 amat bersemangat mengikuti kursus tersebut.Majlis bermula dengan Perasmian Pembukaan oleh Tuan Hj Ismail Mohamd,Ketua Sektor." Kursus kali ini akan membantu kami dalam mendalami seni bacaan al-Quran dan saya rasa peluang ini akan direbut dengan sebaik mungkin " Kata Ustaz Ismail Musanip ,Penghulu kursus siri 2 kali ini.Kursus yang bermula seawal jam lapan pagi berakhir pada jam 4.30 setelah bengkel yang diselia oleh fasilitator yang dilantik.

Tiga elemen penting untuk menjana generasi minda kelas pertama -Ketua Sektor



Balai Cerap Khawarizmi 5 November 2008 :Guru-guru j-QAF disarankan untuk bergerak cergas didalam menjana generasi minda kelas pertama.Ini akan membantu negara untuk menjana generasi pada masa akan datang seiring dengan wawasan kerajaan menjelang 2020."Tiga elemen penting yang perlu ada pada diri individu ialah ilmu pengetahuan,kemahiran serta akhlak"ujar Ustaz Ismail Mohamd ketika berucap diMajlis Perasmian Penutup Kursus Tahsin al-Quran Sesi Pertama disini.Beliau juga berharap agar semua guru-guru jQAF akan dapat mempertingkatkan usaha agar semua pelajar j-QAF dinegeri Melaka akan khatam al-Quran sebelum Jun 2009.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua fasilitator dan penceramah kursus ini yang telah membantu mempertingkatkan nilai tambah kepada guru-guru j-QAF didalam kursus yang akan berjalan selama tiga sesi sehingga 12 November ini.Sebelum itu Ustaz Che Mat Che Leh ketika ditemubual berharap segala ilmu yang didapati didalam kursus tahsin kali ini akan dapat digunakan untuk Kem Bina Juara yang akan diadakan di Masjid al-Azim pada 12 November ini.Kem ini dijangka akan dihadiri oleh 240 peserta yang terpilih untuk mempertingkatkan lagi kemahiran didalam bidang al-Quran,Khat serta Bahasa Arab.Kem ini akan diketua oleh Kem Komandan Us Riduan Salleh.Majlis Penutupan diakhiri dengan penyampaian sijil oleh para peserta yang diketuai oleh Us Mohd Fuad Selleh dari SK Peringgit dan Ustazah Alijah Salleh dari SK Jasin. Seramai 131 orang peserta dari seluruh negeri Melaka menghadiri kursus tersebut selama tiga hari.
Berita jQAF