Mesyuarat Kawal Mutu Sukatan j-QAF Dan Pembinaan Konsep Permainan Pemulihan Jawi Tahun 6

9:14 PM myekioskz 0 Comments


13-15 Oktober 2009 : Puteri Resort Air Keroh Melaka : Seramai lebih 50 orang guru-guru pakar seluruh negara bermesyuarat membincangkan dan memurnikan sukatan pelajaran j-QAF Tahun 6 untuk kegunaan tahun hadapan .Puan Fauziah bte Muhammad ,Ketua Bidang Pendidikan Islam , Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia berharap semua guru-guru agama bersedia untuk menggalas arus perubahan yang sedang berlaku sekarang. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang tidak jemu-jemu didalam membantu untuk memperkasakan Pendidikan Islam di peringkat negara.Beliau juga merakamkan rasa bangga kerana j-QAF sudah menjadi model kepada beberapa negara yang datang berkunjung ke Malaysia untuk mempelajari sistem pendidikan negara.
Berita j-QAF

Sana-sini Mesyuarat Pembinaan Konsep Jawi Tahun 6

9:02 PM myekioskz 0 Comments