Kembali ke blog

Thursday, November 12, 2009

j-QAF pemangkin kepada proses pelajar menuju alam remaja


11 November 2009 : SK Kem Terendak Satu : j-QAF merupakan satu elemen penting didalam memangkin para pelajar didalam menongkah arus kegawatan zaman keremajaan pada masa datang.Tuan Hj Isa bin Abu Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka menegaskan ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Ihtifal Khatam al-Quran kali ke -4 disini.Majlis yang gilang-gemilang pada hari tersebut menunjukkan komitmen j-QAF didalam melahirkan generasi berilmu dan beramal sudah mula mendatangkan hasil. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Hj Ismail Mohmd ,Ketua Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Daharom Ketua Unit SPI ,Pegawai-pegawai dari SPI dan PPD seluruh negeri Melaka. Sementara itu Ustaz Che Mat Che Leh melahirkan perasaan terharu atas peningkatan j-QAF dari segenap segi dari pelajar hinggalah ke pengurusan guru-guru yang setia dan bertungkus lumus didalam menjalankan Ihtifal pada tahun ini " Perbualan saya dengan pengarah berharap satu Mahrajan atau Festival j-QAF akan diadakan pada masa-masa akan datang."ujar beliau ketika ditemuramah di khemah VIP ketika menjamu selera disini.

Berita j-QAF

Dua Pertandingan menyaksikan juara baru





SK Kem Terendak 1 : Ihtifal khatam al-Quran Peringkat Negeri Melaka berlangsung dengan jayanya. Majlis berlangsung seawal 8.30 pagi menyaksikan persaingan sengit antara sekolah-sekolah yang bertanding. Pada akhir majlis tersebut KALAM JAMAEI telah dijuarai oleh SK Bukit Baru dan DIKIR BARAT oleh SK Batu Berendam menyaksikan juara baru bagi pertandingan tersebut.Sementara KUIZ oleh SK Melekek dan TILAWAH Lelaki oleh SK Datuk Tamby Chik Karim dan TILAWAH PEREMPUAN - SK Pengkalan Balak.Ihtifal kali ini memperlihatkan kematangan pelajar dan program j-QAF yang hampir lima tahun ianya berlangsung.Tahniah kepada yang berjaya