Kembali ke blog

Monday, August 17, 2009

AHLAN RAMADHAN

Tidak lama lagi bulan yang ditunggu-tunggu bakal menjelang menyaksikan umur j-QAF semakin matang dari segala segi penampilannya. Saya mula memikirkan apakah pembaharuan atau hasil yang kita telah lakukan selama ini. Tahun ini nampaknya program secara berkelompok samada dalam bentuk kursus memang agak kurang kerana budget yang semua telah sedia maklum. Ribuan terima kasih kepada semua warga blog yang tidak jemu-jemu mengunjungi blog ini dan setiap pandangan anda saya akan cuba selami baik dari segi pro dan kontranya. Harapan agar kohort 2005 dapat eksploitasikan bulan ini untuk mengkhatamkan pelajar-pelajar kita dalam program yang dirancang. Moga kita akan sama-sama berjaya untuk menjana perubahan generasi akan datang. Selamat menyambut bulan Ramdhan "RAMADHAN KAREEM"!
Dari :Abdul Razak Aman