j-QAF adalah satu program yang unik -Pengarah


SK Kemendur 28 Ogos 2008 : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka Tuan Hj Isa Abu merasakan program j-QAF adalah satu program yang begitu unik dari segi perlaksanaannya.Beliau yang berucap di Majlis Peramian Penutup Ihtifal Khatam al-Quran tengahari ini berharap slogan j-QAF World akan dapat melahirkan warga Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia." Saya amat berharap agar sasaran khatam al-Quran bagi pelajar tahun empat pada tahun ini akan tercapai seperti yang dirancang pada tahun 2010.Saya amat percaya dengan kemampuan guru-guru j-QAF yang semuanya dipilih dikalangan graduan ijazah dari dalam dan luar negara." ujar beliau.Beliau berharap j-QAF Melaka tidak hanya hebat di Negeri Melaka tetapi juga akan tetap hebat di peringkat kebangsaan.Beliau memaklumkan satu program besar yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan iaitu Program 10,000 Khatam al-Quran yang akan dikelolakan bersama Jabatan Pelajaran Melaka dan Majlis Agama Islam Negeri Melaka."Pelajar KAFA petang adalah juga pelajar yang sama yang belajar di sekolah kebangsaan.Jadi program murni ini adalah hasildidikan dari guru-guru sekolah kebangsaan"ujar beliau lagi.Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada gurubesar SK Kemendur yang telah mengelolakan Ihtifal ini dengan melibatkan semua lapisan masyarakat.Sejurus itu beliau telah merasmikan penutupan Ihtifal bagi tahun 2008 dan menyampaikan hadiah-hadiah bagi peserta yang terlibat pada Ihtifal tersebut.
Berita jqafmelaka

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan