Kembali ke blog

Tuesday, March 24, 2009

Perjumpaan Pengrah JPN dengan Gurubesar Kohort 2005

25 Mac 2009 - Jabatan Pelajaran Melaka. Jam 9.00 pagi satu pertemuan antara pengarah JPN bersama semua gurubesar 40 buah sekolah kohort 2005 untuk menilai prestasi semasa dan membincangkan agar pencapaian j-QAF pada 2010 akan tercapai.
Perbincangn positif ini dijangka akan memberikan impak kepada perlaksanaan di setiap sekolah dengan penambahbaikan dan kerjasama gurubesar agar seiring menjelang Jun 2010.Penolong Pengarah j-QAF juga dijangka hadir memberikan taklimat semasa tentang pencapaian keseluruhan kohort 2005.