PERTANDINGAN SENGIT BERMULA

5:40 AM myekioskz 0 Comments

Melaka: 12 Ogos 2008 : Pertandingan Ihtifal telah diadakan di beberapa tempat di seluruh Negeri Melaka mewakili kawasan tiga daerah diMelaka.Di Sek Keb Paya Rumput siang tadi pertandingan bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Us Roslan Latif Unit Pendidikan Islam PPD Melaka tengah amat berbangga dengan penyertaan yang begitu mantap oleh semua sekolah Daerah Tanjung (Melaka Tengah).Beliau yang merasmikan Perasmian Penutup Ihtifal berharap bakat-bakat yang menyerlah akan dapat dicungkil lagi pada masa-masa akan datang.Beliau juga mengingatkan semua guru-guru j-QAF agar mempergiatkan usaha untuk memastikan semua pelajar j-QAF akan khatam al-Quran pada tahun 2010.Pertandingan yang sama telah diadakan di Sek Keb Merlimau dan semalam bagi kawasan Ayer Keroh telah diadakan di SK Pernu.Esok dua pertandingan akan diadakan di Sek Keb Banda Hilir dan SK Simpang Ampat.Wartawan j-QAF akan mendapatkan keputusan dan gambar-gambar terkini pertandingan untuk tatapan warga blog.
BERITA j-QAFMelaka