Posts

Showing posts from May 20, 2009

Download Pelaporan Jun 2009 sekarang

KEPADA SEMUA GURU-GURU-JQAF MELAKA Sila download semua file e-pelaporan JUN 2009 .Sila download segera dan isikan semua laporan Jun 2009 .Mesyuarat penyelarasan akan diberitahu melalui PPD masing-masing.Sila sebarkan kepada semua guru.PENTING!!!MAKLUMAN pada tahun ini tidak diberikan CD lagi..hanya diberi melalui muat turun dan melalui jurulatih utama daerah masing-masing.Blog jqafmelaka mengambil inisiatif untuk menyebarkan melalui blog ini.Harap dapat membantu.Tkasih

Mesyuarat jawatankuasa Pelaporan Kebangsaan Program j-QAF Jun 2009

Kuala Lumpur International Kuala Lumpur : 19 Mei 2009 :Proses transisi dari Japim ke BPI ,penstrukturan semula di bawah pusat pembangunan kurikulum telah melibatkan beberapa perubahan dari segi pentadbiran dan ini menyebabkan beberapa masalah yang berlaku yang tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.Setelah bergabung dengan Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK) barulah terserlah bahawa program j-QAF telah mencapai satu tahap yang amat membanggakan dari segi pengumpulan data pencapaiannya. Menurut Puan Norazah bte Ibrahim Ketua Unit j-QAF BPK berkata "Transformasi kurikulum yang sedang dicanangkan di Kementerian Pelajaran sekarang sebenarnya telah dibuat oleh program j-QAF " kata beliau dalam ucapan aluan bersama semua Pegawai j-QAF Negeri dan wakil jurulatih negeri. Melaka diwakili oleh Ustaz Che Mat bin Che Leh dan Ustaz Abdul Razak Aman .Beliau juga menyentuh tentang perlaksanaan Bahasa Arab 5 waktu yang sedang dalam pemantauan untuk dilaksanakan." Apa yang menarik Progra