Kembali ke blog

Tuesday, July 20, 2010

Pengumpulan terakhir peringkat Negeri Melaka Pelaporan Jun 2010

Bilik Melati JPN Bukit Baru : 22 Julai 2010 : Seramai lebih 15 orang jurulatih dari setiap kawasan dan negeri berkumpul untuk mengumpulkan maklumat data pelaporan bagi bulan Jun 2010. " Saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua jurulatih utama pelaporan dari setiap kawasan dan negeri yang bertungkus lumus didalam menyipakan pelaporan sejak dua minggu yang lalu" ujar Ustaz Che Mat Che Leh ketika mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan disini sejak semalam. Hadir sama ialah Yang Mulia Raja Abdullah dari PPD Jasin yang juga Yang Dipertua Negeri Kesatuan Guru-guru Ugama Malaysia Barat.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru j-QAF yang terlibat didalam menyiapkan pelaporan ini. Pelaporan tanggungjawab bersama.Pengumpulan peringkat kebangsaan dijangka akan berlangsung pada 27-29 Julai di Hotel Concorde KLIA yang akan diketuai oleh Ustaz Abdul Razak Aman untuk membawa pelaporan Negeri Melaka kesana.