Posts

Showing posts from October 27, 2010

Slogan j-QAF WORLD Negeri Melaka jangan dilupakan : Ketua Sektor

Image
SK Tanjung Minyak : Seramai 239 orang guru-guru j-QAF dari 139 buah sekolah seluruh negeri Melaka telah berkampung untuk berkursus pendedahan KSSR Bahasa Arab Tahun Satu dan HSP Tahun 4. " Saya memang tidak melepaskan peluang apabila dipanggil untuk bertemu dengan guru-guru j-QAF kerana situasi kini tidak mengizinkan program-program atau kursus diadakan secara kerap" sekilas ucapan dari Tuan Hj Ismail Mohd Ketua Sektor , Sektor Pendidikan Islam JPN Melaka. " Saya amat berharap semua guru-guru j-QAF mengekalkan momentum dari segala segi demi kemajuan tahap pendidikan khususnya pendidikan islam di Negeri Melaka.Idea Slogan j-QAF World yang saya cernakan harap tidak dilupakan oleh semua warga j-QAF" berucap semasa Perasmian Penutup Kursus di Dewan Besar SK Tanjung Minyak. Turut hadir Ustaz Che Mat Che Leh Penolong Pengarah j-QAF, Ustaz Yang Mulia Raja Abdullah Raja Setapa PPD Jasin.Majlis diiringi dengan penyampaian sijil kepada semua peserta dan berakhir pada jam 5.0

Peserta Kursus Bersemangat Jitu

Image
26 Oktober 2010 :Selama dua hari para peserta kursus didedahkan dengan pelbagai teknik dan sukatan baru sempena dengan sistem baru yang diperkenalkan oleh kementerian pelajaran iaitu KSSR yang akan bermula tahun depan. Pendedahan ini akan dipraktikkan disekolah masing-masing mulai tahun depan. Jurulatih Bahasa Arab merangkap ketua program , Ustaz Yusri berkata " Saya amat berpuas hati dengan kehadiran dan komitmen semua peserta kursus yang tidak jemu menerima input selama dua hari disini. " Katanya sejurus majlis penutup itu pada petang ini.

Kursus Pendedahan KSSR Bahasa Arab Tahun Satu Dan HSP Tahun 4 berjalan dengan jayanya

Image
Kursus yang berlangsung selama dua hari mulai 25 & 26 Oktober di SK Tanjung Minyak adalah kursus yang amat berjaya. Seramai lebih 200 orang guru j-QAF dari 139 buah sekolah seluruh Negeri Melaka telah menyertai kursus selama dua hari ini. Kursus ini diketuai oleh Jurulatih Utama Bahasa Arab Ustaz Yusri Kamarudin.