Ihtifal 2008 berlangsung dengan jayanya



SK Kemendur Jasin 28 Ogos 2008 : Ihtifal Khatam Quran berlangsung di perkarangan Dewan Serbaguna Felda Kemendur telah berlangsung dengan jayanya.Sebanyak lebih 10 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan Tilawah,kuiz,dikir barat bahasa Arab dan Kalam Jamaie (Choral Speaking) Bahasa Arab.Menurut Gurubesar SK Kemendur ,beliau berasa gusar sebagai tuan rumah peringkat Negeri pada tahun ini untuk menjayakan program yang begitu penting didalam program j-QAF.Walaubagaimanapun kerjasama dari semua guru-guru SK Kemendur,PPD Daerah Jasin dan JKKK Felda Kemendur dan masyarakat setempat program ini telah berjalan dengan begitu licin dan baik sekali tanpa ada masalah yang besar.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program tersebut.Majlis penutupan Ihtifal dihadiri oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka Tuan Hj Isa bin Abu dan Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral Tuan Hj Ismail Mohamd.Sebelum itu majlis khatam quran dijalankan secara beramai-ramai yang diketuai oleh Us Mohd Rashdan Mohd dari SK Dato Tambychik Karim.Mutu serta kualiti pertandingan kali ini menampakkan peningkatan yang begitu ketara dari segi kebolehan murid didalam menyertai pertandingan tersebut.

berita jqafmelaka

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan

SUMATIF2 2016