Posts

Showing posts from January 24, 2010

j-QAF dah semakin mantap

Assalamualaikum, pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana berjaya membawa j-QAF ke satu tahap yang sangat membanggakan. Jika direnung pada tahun 2005 memang banyak konflik berlaku di seluruh negara kerana ketidak fahaman tentang konsep dan perlaksanaan program ini. Kini hasil dari kreativiti anda semua disekolah telah meledakkan satu trend baru dalam alam persekolahan sekolah rendah. Kini saya percaya masalah yang berlaku kini agak kurang dan bole dirujuk kepada mana-mana sekolah yang telah melalui masalah yang sama. Ini adalah keberhasilan yang sangat baik. Dan saya sangat percaya dengan potensi pelajar didikan j-QAF ini. TAHNIAH kepada anda semua kerana berjaya membawa gelombang ilmu yang tiada nilainya ini kepada masyarakat Malaysia.