Kembali ke blog

Sunday, July 27, 2008

PENGUMPULAN FORMAT PELAPORAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

Pengumpulan format pelaporan j-QAF peringkat kebangsaan akan diadakan di Bahagian Pendidikan Islam Putrajaya dari 28 -30 julai 2008.
Melaka diwakili oleh Ustaz Che Mat Che Leh - Penolong Pengarah j-QAF Negeri Melaka dan Us Abdul Razak Aman -SK Ramuan China Besar.

Pengumpulan Data ini dijangka akan meningkatkan lagi kualiti pencapaian pelajar j-QAF yang berada sehingga Tahun Empat setakat tahun 2008.

Ketiga-tiga daerah Melaka Tengah,Jasin dan Alor Gajah telah menampakkan prestasi masing-masing menjangkaui 80 peratus dalam kategori A. Syabas kepada semua guru-guru j-QAF Negeri Melaka.

Format pelaporan terdiri dari Khatam al-Quran 6 bulan , Amali Solat perlakuan dan bacaan , Bahasa Arab, Jawi dan Pemulihan Jawi.

Sebelum ini pengumpulan format pelaporan telah berlangsung di ketiga-tiga daerah yang diketuai oleh Jurulatih Daerah masing-masing.

Data sepenuhnya akan dipaparkan dalam masa terdekat untuk info bersama.

Harap Maklum