TAKLIMAT PERLAKSANAAN PROGRAM j-QAF

8:37 PM myekioskz 0 Comments


Taklimat Perlaksanaan program j-QAF iaitu pengumpulan pelaporan Jun 2011 akan diadakan di tiga daerah di seluruh Negeri Melaka. Semua guru-guru penyelaras j-QAF setiap sekolah dikehendaki menghantar laporan pada tarikh tersebut.


EMPAT USUL PENTING - PENGERUSI PEKDIS

8:26 PM myekioskz 0 Comments

Auditorium al- Azhim : Pekdis Melaka telah menggunakan sistem aplikasi Pesanan Ringkas (SMS) didalam semua aktiviti Pekdis Negeri Melaka. Ia memberi impak yang sangat baik dalam perjalanan Pekdis Negeri Melaka. Kata Yang berbahagia Us Ismail Mohamd ketika mempengerusikan Mesyuarat Aging Pekdis disini.

Beliau telah mengutarakan empat usul penting untuk dibawa ke Pekdis pusat antara lain untuk memperkasakan Pendidikan Islam didalam Kementerian Pelajaran.

Kehadiran sebahagian besar guru-guru pendidikan Islam yang sangat memberangsangkan membuktikan kesungguhan dan sokongan padu dari semua ahli kepada Pekdis.

Pada mesyuarat agong kali ini tiada pemilihan ahli jawatankuasa dan berakhir pada jam 5.00 petang. Sebelum itu Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka, Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Melaka memberi ucaptama disini.

Berita j-QAF Melaka

Taklimat Profesionalisme dan Mesyuarat Agong Pekdis Gamat

8:23 PM myekioskz 0 Comments




Seramai lebih 1200 Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Bahasa Arab di negeri Melaka telah menghadiri Taklimat Profesionalisme Guru Pendidikan Islam bersama Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah (PEKDIS) Negeri Melaka di Auditorium Al-Azim, Bukit Palah pada jam 2.30 petang.

Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka, Dr. Mohamad Nor bin Mohamad Taib yang mewakili Tuan Pengarah Pelajaran Melaka telah memberikan ucap utama seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PEKDIS kali ke-6 ini.