Posts

Showing posts from November 10, 2008

Kualiti bacaan peserta kursus amat baik - Fasilitator Kursus Tahsin

Image
12 November 2008 Balai Cerap : Kualiti bacaan yang dipersembahkan oleh peserta kursus kali ini amat memberangsangkan.Menurut Ustaz Mohd Ibrahim Taha dari SMK Dang Anum " Saya amat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan berbanding dua siri yang lepas" Ujar beliau sejurus mengepalai kumpulan kursus pada petang ini.Pada sesi petang peserta dibantu oleh para fasilitator yang dilantik untuk memperbaiki tarannum."Taranum merupakan sesuatu yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh guru j-QAF" kata Ustaz Jamil Md Yusof dari SMK Tun Perak.Antara fasi lain ialah Us Rashdan Mohd,Us Zairul,Us Fazilan,Us Riduan Salleh dan Us Fazilan.Majlis berakhir pada jam 4.30 petang.

Laporan Penuh Pencapaian Imtiyaz al-Quran 2008- Ustazah Siti Hanim Abdullah

Image
11 November 2008 : Sebanyak tujuh kawasan dari tiga daerah yang menjalankan Kem Imtiyaz baru-baru ini.Menurut Ustazah Cik Siti Hanim Abdullah " Semua Kem Komandan telah menyerahkan laporan masing-masing dan keputusannya agak sederhana jika dilihat dari pencapaian pelajar setakat Iqra' dua"ujar beliau.Kem yang berlansung tiga hari baru-baru ini telah dihadiri lebih 1500 pelajar yang masih belum meepasi Iqra' dua.Pencapaian pelajar yang masih Iqra' satu telah dapat dipulihkan hampir 90%."Pada masa akan datang ,kita akan mencari kaedah agar pelajar yang keciciran ini akan mendapat pemulihan secukupnya diperingkat sekolah"Ujar Siti Hanim lagi ketika di Balai Cerap Khawarizmi di Kursus Tahsin Siri 3 disini.Pada Kursus ini juga adalah kursus terakhir tahun ini untuk program j-QAF.Kursus akan berakhir esok. Berita j-QAF