Kembali ke blog

Wednesday, October 8, 2008

PERTAHANKAN JQAF

Akhir-akhir ini banyak aduan tentang bidang kerja yang dibebani kepada guru-guru jQAF yang dirancang untuk tahun hadapan.Antara masalah ialah lantikan menjadi guru Media,Emis dan ICT yang menyebabkan pertambahan jadual waktu kepada guru-guru tersebut.Pihak blog telah mendapat khidmat nasihat dari pihak-pihak berwajib tentang maslah tersebut.Komen mereka, hal ini sebenarnya adalah satu perkembangan yang baik kerana kebanyakan guru-guru jQAF adalah dikalangan yang diperlukan disekolah tetapi mereka yang terlibat perlu ingat tentang tanggung jawab yang berat yang mesti dipikul untuk menentukan murid mencapai aras seperti dikehendaki agar matlamat pada 2010 akan tercapai.Kalau bole bincang dengan pihak pentadbir akan bidang tugas sebenar kerana dibimbangi dengan bidang tugas yang diberikan menyebabkan tugas-tugas jQAF akan diserahkan kepada rakan-rakan jQAF sebumbung utk diselesaikan meyebabkan saki baki guru jQAF itu akan ditimpa bebanan pertambahan murid semasa P&P dan Tasmik.Perlu diingat tugas guru Media,Emis dan ICT mempunyai jadual waktu tersendiri selai tugas-tugas rasmi yang perlu dibuat.Biasanya mana-mana guru yang dilantik ke jawatan tersebut akan mendapat ganti guru baru sekiranya kiraan bilangan guru megikut jumlah murid berkurangan.
Sekiranya Anda rasa ingin menerima jawatan tersebut maka Anda juga harus pikul tugas sebenar Anda dilantik sebagai guru jQAF.Sila beri penerangan kepada pihak pentadbir dengan penuh hikmah untuk mencari penyelesaian dengan baik.Insyallah semua akan selesai.Kita tidak mahu ada pihak melihat program ini sebagai satu program yang tidak penting.Dari itu, Pihak blog menyeru agar semua guru jQAF pertahankan kedudukan anda.Membantu itu tidak menjadi kesalahan.Tetapi meninggalkan tugas hakiki anda adalah satu kesalahan besar.Jika tidak kita akan berdepan dengan kegagalan dan murid akan keciciran.
Jadi rancanglah program tahun 2009 dengan perancangan yang rapi supaya pembahagian tugas jQAF sesebuah sekolah akan dilihat penting oleh semua pihak.Semua ditangan Anda.Mencegah lebih baik dari mengubati.
Sekian untuk renungan bersama.
jqafmelaka: Tugas itu amanah,patuh itu wajib,menjaga hati penuh hikmah,teliti sebelum buat keputusan,yang dahulu didahulukan dan 2010 adalah tanggungjawab berat