Tahniah kepada Admin Utama dan Pembina Sistem Permohonan, Pemilihan, Penempatan, Semakan dan Rayuan Online Kemasukan Ke Tingkatan 1 Aliran Agama Negeri Melaka (2009 - 2011

Warga Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada admin utama dan pembina Sistem Permohonan, Pemilihan, Penempatan, Semakan dan Rayuan Online Kemasukan Ke Tingkatan 1 Aliran Agama Negeri Melaka (2009 - 2011), adik Muhammad 'Ammar bin Muhammad Sani (Pelajar SMKA Sultan Muhammad) atas pencalonan sebagai penerima Anugerah Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran JAKIM, MOSTI dan Yayasan Inovasi Islam.



Majlis ini akan diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2011 (Khamis) jam 6.00 petang. Penyampaian anugerah akan disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan disiarkan secara langsung melalui RTM 1.

Makluman berkaitan telah dimaklumkan ke Sektor Pendidikan Islam melalui panggilan telefon yang diterima daripada urus setia program di JAKIM pada jam 5.15 petang 30 Mei 2011 yang lalu diikuti emel surat jemputan dari Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia pada sebelah malamnya.

Adik Muhammad 'Ammar akan diiringi Ketua Sektor Pendidikan Islam, Tuan Hj. Ismail bin Mohmd dan Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Puan Siti Nuriah@ Zanariah bt. Omar, Pengetua dan barisan pentadbir SMKA Sultan Muhammad, pegawai dan staff SPI serta mentor ICT beliau, En. Zulkifli bin Mohamed (programmer & IT Consultant) ke Bahagian Pendidikan Islam pada jam 3.00 petang ini untuk menerima restu Tuan Pengarah BPI, Tuan Hj. Abdullah bin Mohd. Din di sana sebelum bergerak bersama ke Masjid Negara pada jam 4.15 petang.

Tahniah dan terima kasih adik Muhammad 'Ammar kerana membantu SPI. Kami difahamkan, sistem baru untuk permohonan ke Tingkatan 1 Aliran Agama sedang dimurnikan oleh beliau hasil pandangan pihak sekolah (admin tahun 2010) dan post-mortem yang telah dijalankan oleh Unit PIPA, SPI.

IHSAN BERITA DARI :
PORTAL SPI MELAKA.

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan