Bahan BBM Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Kegunaan Program j-QAF


Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk kegunaan matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sedang giat disiapkan oleh jurulatih utama Negeri di Makmal Komputer dekat SK Jalan Datuk Palembang disini. " Saya berharap hasil yang telah dibuat akan dapat digunakan diseluruh sekolah-sekolah di Negeri Melaka yang menjalankan program j-QAF" kata Ustaz Che Mat Che Leh Penolong Pengarah SPI Melaka. Hasil yang dibuat ini dijangka akan siap dalam tempoh seminggu dan semua guru-guru j-QAF diharap mengambil perhatian tentang perkara ini. Cara untuk mendapatkan ABM ini akan diberitahu melalui blog atau facebook. Seramai lebih 12 orang jurulatih utama Negeri dan Pegawai PPD yang hadir didalam Bengkel selama 3 hari yang diadakan berasingan . BBM ini amat penting untuk merekod dan membantu guru khasnya didalam pengajaran dan pembelajaran.