Dialog Jurulatih Utama j-QAF Bersama Peserta Kursus KPLI j-QAF IPPM Melaka





Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka telah menerima seramai 99 orang peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah KPLI j-QAF LPBS ambilan Januari 2011.
Minggu Pengurusan Pelajar telah diadakan sejak hari Isnin yanglalu memberi input dan penerangan tentang program j-QAF sebelum mereka ditempatkan disekolah-sekolah tidak lama lagi.
Dialog bersama jurulatih Utama j-QAF Negeri Melaka serba sedikit telah dapat memberi gambaran awal sebelum mereka memasuki alam keguruan tidak lama lagi.
Jurulatih utama diketuai oleh Ustaz Abdul Razak Aman dari Sk Ramuan China Besar dan Ustaz Shabani Md Sakan dari Sk Jalan Datuk Palembang." Saya berharap kohort 2011 pada kali ini akan lebih berketrampilan didalam menyambung program j-QAF sejak tahun 2005" ujar Ustaz Abdul Razak selepas dialog selama hampir 4 jam di Dewan Tun Fatimah disini.
Turut hadir ialah para pensyarah ialitu Al Fadel Ustaz Wan Nor Azman sebagai Penyelaras j-QAF , Pn Hajjah Maimon ,Pensyarah Kanan, Ustaz Mohd Riduan , Ustaz Ariffin dan Pn Hajjah Fatimah. Apa yang menarik sebanyak dua unit terdiri dari 51 peserta kursus adalah mengikuti kursus Pendidikan Islan dan Pendidikan Khas. Penempatan semua peserta dijangka berlaku tidak lama lagi.

Berita j-QAF 10 Februari 2011

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan