Slogan j-QAF WORLD Negeri Melaka jangan dilupakan : Ketua Sektor












SK Tanjung Minyak : Seramai 239 orang guru-guru j-QAF dari 139 buah sekolah seluruh negeri Melaka telah berkampung untuk berkursus pendedahan KSSR Bahasa Arab Tahun Satu dan HSP Tahun 4. " Saya memang tidak melepaskan peluang apabila dipanggil untuk bertemu dengan guru-guru j-QAF kerana situasi kini tidak mengizinkan program-program atau kursus diadakan secara kerap" sekilas ucapan dari Tuan Hj Ismail Mohd Ketua Sektor , Sektor Pendidikan Islam JPN Melaka.
" Saya amat berharap semua guru-guru j-QAF mengekalkan momentum dari segala segi demi kemajuan tahap pendidikan khususnya pendidikan islam di Negeri Melaka.Idea Slogan j-QAF World yang saya cernakan harap tidak dilupakan oleh semua warga j-QAF" berucap semasa Perasmian Penutup Kursus di Dewan Besar SK Tanjung Minyak.
Turut hadir Ustaz Che Mat Che Leh Penolong Pengarah j-QAF, Ustaz Yang Mulia Raja Abdullah Raja Setapa PPD Jasin.Majlis diiringi dengan penyampaian sijil kepada semua peserta dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan