Selamat Menyambut Tahun Baru dan Persekolahan sesi 2011

Salam buat semua dan Selamat Menyambut Tahun Baru dengan keazaman baru dengan sistem pembelajaran baru KSSR yang bakal bermula pada tahun 2011. Semoga pada awal tahun dengan pengalaman sedia ada kita akan lebih memperkemaskan penjadualan , rekod dan strategi untuk tahun 2011. Bagi kohort 2006 tahun ini anak sulung anda bakal akan khatam pada Jun 2011. Pastikan kekemasan perlaksanaan berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada anda semua kerana pencapaian Negeri masih kekal cemerlang dan Penolong Pengarah j-QAF diangkat dengan anugerah Tokoh Kualiti pada tahun lepas menunjukkan j-QAF memang dipandang serius oleh JPN Melaka. Kekalkan momentum anda dan insyallah tahun ini kita akan lakukan perubahan demi perubahan demi agama , bangsa dan negara.

Tahniah buat semua. Selamat Menjalani Alam Persekolahan sesi 2011

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan