Kualiti bacaan peserta kursus amat baik - Fasilitator Kursus Tahsin




12 November 2008 Balai Cerap : Kualiti bacaan yang dipersembahkan oleh peserta kursus kali ini amat memberangsangkan.Menurut Ustaz Mohd Ibrahim Taha dari SMK Dang Anum " Saya amat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan berbanding dua siri yang lepas" Ujar beliau sejurus mengepalai kumpulan kursus pada petang ini.Pada sesi petang peserta dibantu oleh para fasilitator yang dilantik untuk memperbaiki tarannum."Taranum merupakan sesuatu yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh guru j-QAF" kata Ustaz Jamil Md Yusof dari SMK Tun Perak.Antara fasi lain ialah Us Rashdan Mohd,Us Zairul,Us Fazilan,Us Riduan Salleh dan Us Fazilan.Majlis berakhir pada jam 4.30 petang.

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan