Team Pelaporan Oktober 2008 j-QAF Kebangsaan bertungkus lumus





KL International Hotel Kuala Lumpur 13 November : Seramai 31 orang pegawai dan guru data pelaporan j-QAF berkumpul disini untuk proses akhir pengumpulan data setiap negeri untuk dilaporkan kepada Bahagian Pendidikan Islam ,Kementerian Pelajaran Malaysia disini."Masih banyak masalah yang berlaku oleh sesetengah sekolah yang masih tidak faham dan lewat didalam menyampaikan pelaporan kepada PPD dan JPN Negeri " kata Ustaz Abdullah Taha dari PPD Pasir Mas mewakili negeri Kelantan.Bagi Ketua Pengumpul Data Ustaz Shahrin berkata "Tahun hadapan dijanka akan ada cakera padat baru untuk pelaporan 2009 kerana banyak sekolah yang akan menjalankan jQAF pada tahun hadapan"ujar beliau.Pengumpulan data kali ini menyaksikan kerja keras oleh guru-guru yang dilantik untuk mengumpul pelaporan negeri masing-masing.Kali ini pengumpulan data siap lebih awal atas kesungguhan guru dan pegawai yang terlibat.

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan