"Guru j-QAF perlu kuasai al-Quran" Ustaz Harris



Balai Cerap Khawarizmi : 4 November 2008 : Seramai lebih 120 orang peserta dari kalangan guru-guru j-Qaf menghadiri Kursus Tahsin al-Quran disini.Majlis yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam menyediakan modul-modul Tahsin al-Quran yang akan dapat mempertingkatkan mutu bacaan para peserta.Kursus bermula dengan ceramah oleh Ustaz Hariss bin Mahat Penolong Pengarah Dakwah, Sektor Pendidikan Islam Melaka." Semua pendakwah perlu mempunyai kemahiran didalam bacaaan al-Quran, lebih-lebih lagi kepada semua-guru-guru pendidikan Islam program j-QAF" kata beliau semasa menyampaikan ceramah bertajuk Tahsin Tajwid.Kursus kali ini dibarisi oleh para penceramah seperti Ustaz Md Ibrahim Taha SMK Dang Anum,Ustaz Jamil bin Yusuf SMK Tun Perak,Ustaz Mohd Rashdan Mohd SK Tambychik Karim,Ustaz BUdiman Bulindan dari SK Dato Demang Hussin.Salah seorang peserta Ustaz Jupri Amsah dari SK tanjung Bidara ketika ditemui berkata" Saya berharap kursus akan datang dapat dimantapkan dengan menjemput qari-qari kebangsaan"Kursus Tahsin dijangka akan diadakan sebanyak tiga siri sehingga 12 November.

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan