Pastikan Pelajar Mencapai Sasaran -Us Hanafiah




21Oktober SK Masjid Tanah : Seramai 44 orang Fasilitator dari seluruh kawasan Masjid Tanah menghadiri Taklimat Perlaksanaan Kem Imtiyaz disini.Menurut Ustaz Hanafiah Unit Pendidikan Islam PPD Alor Gajah proses data hendaklah dihantar segera kepada sekolah tuan rumah agar perlaksanaan pada hari kem tersebut tidak menimbulkan kelewatan dari jadual yang ditetapkan.Hadir sama bersama Ustaz Shamsudin Unit Pendidikan Islam PPD Alor Gajah."Kita sudah berpengalaman dalam menjalankan Kem ini pada tahun 2006 dan berharap mereka-mereka yang berpengalaman dapat menambah baik teknik agar kem ini akan berjaya" Ujar Us Shamsuddin ketika berucap dihadapan para fasilitator.Bagi pihak tuan rumah pula Puan Kuntum GPK1 SK Masjid Tanah berbesar hati kerana sekolah beliau menjadi tuan rumah pada kali ini." Kami telah bermesyuarat diperingkat sekolah dan lantikan AJK telah dibuat untuk melicinkan lagi program yang dirancang.Sementara itu Ustaz Mohd Rashdan Kem Komandan berharap semua fasilitator dapat menjalankan tugas mengikut sukatan yang diberi.
Kem ini akan dihadiri oleh lebih 264 orang pelajar tahun satu dan dua yang masih belum melepasi Iqra' dua.Oleh kerana peserta yang agak ramai kali ini Ustaz Hanafiah menegaskan agar semua pelajar mencapai sasaran yang ditetapkan.Beliau amat yakin dengan kemampuan semua fasilitator yang begitu berpengalaman didalam kem kali ini.Majlis berakhir pada jam 4.30 petang.
Berita jQAF

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan