Gurubesar perlu main peranan



16 Oktober 2008 :Dewan Bestari JPN Bukit Baru :Us Ismail Mohamd Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam menyarankan semua gurubesar memainkan peranan dalam menentukan j-QAF Negeri Melaka mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2010.Beliau bercakap dalam sesi dialog bersama gurubesar seluruh negeri Melaka disini.Seramai lebih 150 orang gurubesar,guru-guru penolong kanan dari seluruh Negeri Melaka hadir dalam Taklimat Perlaksanaan Program j-QAF Negeri Melaka.Tambah beliau lagi program j-QAF akan berkembang ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina" Ada lebih kurang lapan buah sekolah SJKC telah dihantar ke Kementerian untuk mendapat guru-guru j-QAF pada Tahun 2009 bergantung kepada kapasiti pelajar Melayu beragama Islam disekolah tersebut"ujar beliau semasa berucap dihadapan gurubesar seluruh Negeri Melaka.Apa yang menarik beliau turun sendiri mendekati persoalan-persoalan kerana kerosakan teknikal pembesar suara.Sebelum itu Us Anuar Sopian Jurulatih Utama jQAF telah memberi taklimat berkenaan perubahan baru didalam Matapelajaran Bahasa Arab KBSR.Us Abd Razak pula dari SK Ramuan Cina Besar telah memaparkan Laporan Pencapaian seluruh Negeri Melaka dan mempertontonkan Laporan j-QAF seluruh Malaysia.Apa yang membanggakan Negeri Melaka ditangga 3 teratas seluruh negara.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Penolong Pengarah j-QAF Negeri Melaka Us Che Mat Che Leh.
Berita jQAF

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan