"Selagi saya memimpin Kementerian saya akan menyokong dan mempertahankan j-QAF" -YB Datuk Seri Hishamuddin Menteri Pelajaran Malaysia


16September,Bayan Lepas : Pada Majlis Penutupan Khatam Quran Perdana Kebangsaan di Kompleks Tabung Haji disini, YB Datuk Seri Hishamuddin merasa yakin dengan program j-QAF yang telah berlangsung hampir empat tahun perlaksanaan."Saya melihat program murni j-QAF ini telah melalui landasan yang ditetapkan semenjak diperkenalkan pada tahun 2005"ujar beliau ketika berucap merasmikan majlis tersebut.Beliau mengingatkan bahawa kekuatan dalaman dalam menjana modal insan amat penting didalam mereliasasikan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.Ujar beliau lagi seramai 1.6 juta pelajar seluruh negara sedang mengikuti program j-QAF yang dinaungi oleh lebih 13,000 orang guru j-QAF diseluruh negara.Belaiu amat yakin dengan kemampuan program ini yang diwartakan telah mencapai pencapaian yang memberangsangkan.Majlis dihadiri oleh Tuan Hj Ibrahim Mohamad Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang yang dahulunya berucap pada majlis penutupan tersebut.Sebanyak 14 buah negeri dan lebih 500 orang pelajar dari seluruh negara termasuk pelajar dari Negeri Pulau Mutiara.Apa yang menarik majlis diserikan oleh bacaan ayat suci al-Quran oleh adik Mohd Hafizi yang cacat penglihatan membaca al-Quran menggunakan huruf braille yang julung kali dipertonton kepada umum.Majlis dimeriahkan lagi dengan majlis berbuka puasa bersama pelajar,guru-guru pengiring,guru-guru besar,pegawai dari jabatan dan Bahagian Pendidikan Islam."Saya akan tetap mempertahankan dan menyokong program j-QAF selagi saya masih memimpin Kementerian Pelajaran"ujar beliau yang disambut dengan tepukan gemuruh oleh para penonton

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan