JQAF MELAKA PENUH DENGAN PROGRAM SEHINGGA SEPTEMBER 2008

6 Ogos 2008 :PKG SK Cheng :

Seramai 14 orang jurulatih utama dari kalangan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF sedang bertungkus lumus untuk memastikan pembinaan soalan kuiz untuk Ihtifal Khatam Quran Peringkat Kawasan dan Negeri siap sebelum pertandingan dijalankan.Menurut Us Abdul Razak Ketua Jurulatih Utama j-QAF Negeri Melaka, beberapa aspek penting telah diberi penekanan didalam menentukan soalan yang relevan dan setanding dengan pertandingan-pertandingan lain diperingkat negeri dan kebangsaan.Beliau merasakan cabaran pada tahun ini amat getir kerana j-QAF kali ini telah melangkah ke tahun ke empat perlaksanaan. Pembinaan soalan ini dijalankan selama 3 hari dari 4 hingga 6 Ogos yang masih dalam proses terakhir persiapan menjelang pertandingan.
Menurut Ust Che Mat program j-QAF kali ini amat mencabar kerana pertindanan tarikh program yang begitu ketat membuatkan beliau terpaksa memastikan semua program yang dirancang akan dilaksanakan dengan teratur dan berjaya.Tambah beliau Kursus Pemantapan akan dijalankan diantara tarikh pertandingan Ihtifal sedang dijalankan.Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana semua program perlu dilaksanakan mengikut program.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan berharap semua pihak dapat memberi kerjasama didalam perlaksanaan program-program yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Esok 7 Ogos adalah persidangan para hakim Ihtifal untuk menentukan garis panduan agar Ihtifal dapat dijalankan dengan lebih licin dan teratur.Seramai hampir 50 orang hakim akan hadir ke mesyuarat tersebut esok di PKG Cheng.
Semua mesyuarat diperingkat tuan rumah diseluruh Negeri Melaka telah berjalan mengikut jadual. Sebelum ini Kursus Pemantapan Guru-guru pendidikan Islam j-QAF Bahasa Arab baru sahaja berlangsung selama 3 hari.Banyak lagi program yang melibatkan j-QAF akan menyusul.

BERITA JQAFMELAKA.

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan