PELAPORAN NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN

Semua pelaporan yang telah diisi oleh semua guru j-QAF seluruh negara telah disatukan.Negeri Melaka adalah salah sebuah negeri yang menyertai pengumpulan tersebut.Esok 31Julai adalah merupakan hari akhir pengumpulan data-data tersebut setelah beberapa masalah telah berlaku didalam laporan yang diberikan.Kebanyakan kesalahan dikenalpasti adalah berpunca dari data-data yang telah dicopy paste .Ini menyebabkan kesukaran bagi JLU yang terpaksa membetulkan keadaan tersebut.Walaubagaimanapun sebahagian besar masalah telah dapat diselesaikan.

Esok secara rasminya peratusan ringkas akan dipaparkan kepada semua hasil usaha semua guru j-QAF Negeri Melaka.
Mesyuarat ini berlangsung di Bangunan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Putrajaya selama 4 hari.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru j-QAF , JLU Daerah yang telah bertungkus lumus didalam menyiapkan laporan tersebut.

Harapan dari Unit j-QAF agar laporan pada Oktober nanti akan lebih cemerlang,gemilang dan terbilang

Bandar Baru Bangi 6.30ptg

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan