INFO JQAF MELAKA


j-QAF MELAKA adalah blog komuniti yang dilancarkan pada tahun 2006 hingga kini . Blog ini adalah untuk memaparkan segala program yang berlaku sekitar program j-QAF sekolah-sekolah Negeri Melaka dan aktiviti berkaitan.
Blog yang dilancarkan seiring dengan munculnya program j-QAF telah cuba sedaya upaya menyampaikan maklumat yang tepat dan cepat serta membantu segala kemusykilan kepada guru-guru j-QAF berkaitan perlaksanaan program. Setakat ini blog ini telah mencapai sambutan yang amat memberangsangkan dari seluruh negara serta luar negara.
Ini membuktikan j-QAF MELAKA seiring dengan slogan "JQAF WORLD" telah menempa sejarah pelancaran blog yang antara terawal di Malaysia bersama blog seumpamanya.
Blog ini dibangunkan bersama oleh semua warga j-QAF Negeri Melaka.
Atas kerjasama dan sokongan semua pihak blog ini masih berdiri megah dan akan cuba mempamerkan persembahan terbaik seiring dengan perubahan pendidikan negara.
Anda semua dijemput untuk memberi komen dan pandangan serta maklumat untuk lebih menjayakan blog untuk tatapan bersama.

Popular posts from this blog

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan