Posts

Showing posts from May 28, 2009

Taklimat Pelaporan di semua daerah serentak dari 26-28 Mei

Semua daerah telah memberi taklimat pengisian format pelaporan j-QAF di semua tiga daerah di Negeri Melaka.Taklimat telah ditaklimatkan oleh jurulatih utama daerah yang diketuai oleh Us Shabani Melaka Tengah, Us Azrani - Jasin dan Us Rashdan Alor Gajah. Semua guru-guru j-QAF telah diberi file e-setup 9.3 versi terbaru untuk diisi segala laporan dengan prestasi para pelajar j-QAF sekolah masing-masing.Menurut Us Rashdan semua guru perlu menyiapkan laporan tersebut dan dihantar ke satu sesi pengumpulan yang akan dijalankan pada 17 hingga 19 haribulan selepas cuti sekolah nanti. " Saya harap tiada sekolah yang keringgalan dalam penghantaran itu nanti " ujar beliau ketika sesi takliat di PKG Masjid Tanah disini. Seramai lebih 30 orang guru dari seluruh kawasan Masjid Tanah hadir kemajlis tersebut. Turut hadir ialah Ustaz Hanafiah Pegawai PPD Alor Gajah dan Us Che Mat Che Leh.