Pengumpulan terakhir Pelaporan j-QAF
Pengumpulan pelaporan terakhir akan berlangsung pada 22 Jun 2009 di Sek Keb Tanjung Minyak.Seramai 25 orang jurulatih utama berkumpul untuk menyatukan semua pelaporan yang telah dibuat dikawasan masing-masing. Menurut Us Helmi Mian dikawasan Alor Gajah masih ada beberapa buah sekolah yang masih tidak dapat menghantar pelaporan.Sementara di Melaka Tengah Ustaz Yusri berpuas hati dengan semua penghantaran walaupun beberapa masalah yang timbul akibat masalah teknikal dan kesalahan kemasukan data.Data pelaporan Melaka dijangka akan dihantar ke Putrajaya pada awal Julai ini. Berita j-QAF