Posts

Pertandingan Kalam Jamaei ke Peringkat Kebangsaan

Image
Pertandingan Kalam Jamaei pada tahun ini akan dibawa ke Peringkat Kebangsaan pada Majlis Khatam al-Quran Perdana j-QAF . Menurut Ustaz Norhisham " Pertandingan ini telah dipersetujui diperingkat Bahagian Pendidikan Islam untuk diperkenalkan . Kalam jamaei adalah satu ikon atau kelainan dari pertandingan yang lain" Kata beliau ketika Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Program j-QAF di Sektor Pendidikan Islam , Bukit Baru disini. Satu pertemuan atau mesyuarat penyelarasan sudahpun dikeluarkan di PORTAL SPI MELAKA . Beliau meruapakan Penolong Pengarah j-QAF Negeri Melaka berharap Melaka akan menjadi johan peringkat kebangsaan pada tahun ini. Berita j-QAF Melaka

Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Kalam Jamaei Peringkat Kebangsaan Kali 1/2012

Image
Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan Kalam Jamaei Peringkat Kebangsaan Kali 1/2012 Khamis : 2 Februari 2012, Satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan penyelarasan pertandingan diperingkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada bulan oktober depan. Untuk menyelaraskan pertandingan yang akan diadakan seiring dengan Majlis Khatam al-Quran j-QAF peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Johor Darul Takzim. Melaka diwakili oleh Ustaz Hisham Miswan Penolong Pengarah j-QAF Negeri Melaka bersama Ustaz Abdul Razak Aman dari SK Ramuan China Besar. Seramai lebih 20 orang wakil dari BPI Kementerian Pelajaran dan beberapa Pegawai dari beberapa negeri . Didalam mesyuarat tersebut beberapa peraturan baru telah dimurnikan agar peraturan pada peringkat kebangsaan nanti akan lebih mantap. Unit berita jqafmelaka

IHTIFAL DAN PELAPORAN

Image
Melaka : 1-3 November 2011 : Mahrajan Ihtifal Khatam al-Quran telah berlangsung di tujuh kawasan diseluruh Negeri Melaka. Didalam kesibukan pertandingan tersebut Mesyuarat Pengumpulan Pelaporan j-QAF bagi OKT 2011 juga turut berlangsung pada petangnya diseluruh daerah. Namun semua berjalan dengan lancar sekali. Tahniah kepada semua kerana telah memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi walau terlalu sibuk dengan aktiviti lain.Ustaz Che Mat Che Leh Ketua Unit SPI Melaka ketika ditanya tentang jadual ketat yang sedang berlangsung ini, beliau berkata " Saya sangat terharu dengan komitmen yang diberikan , walaupun kita telah merancang program tahunan tetapai kesibukan diakhir tahun tidak dapat dielakkan" kata beliau di PKG Melekek ketika baru sahaja sampai dari Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat disana.

MUZAKARAH TAJDID KEBANGSAAN

Image
Muzakarah Tajdid Kebangsaan Anjuran Perkim dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka dan Pekdis Negeri Melaka

PELAPORAN OKTOBER 2011 -Laporan Terbaru 1

Image
pERHATIAN KEPADA SEMUA GURU JQAF NEGERI MELAKA 1.Sila download e-sekolah versi 11.4 terbaru untuk diguna pakai pada Pelaporan Okt 2011 2.ESATU hingga E ENAM boleh digunakan seperti biasa. 3. Semua import dan eksport perlu menggunakan aplikasi baru. 4. Sekolah yang telah memasukkan laporan menggunakan versi lama bole update didalam versi baru. 5. Caranya eksport esekolah yang lama. File tersebut pastikan. Gunakan versi baru dan update browse ke file yang telah dieksport tadi. 6. Rumusan - Ada import. 7. Lakukan sekarang . Surat panggilan akan menyusul oleh Sektor nanti. Ustaz Razak : Tolong sampai menyampai kepada rakan-rakan lain.

Majlis Khatam al-Quran Perdana Program j-QAF 2011

Image
Majlis Khatam Perdana Kebangsaan Program j-QAF yang diadakan baru-baru ini di Masjid al-Adzhim Bukit Palah Melaka. Semua jawatankuasa kerja bertungkus lumus menjayakan program ini dengan jayanya. YB Dr Mohd Fuad Zarkashi telah merasmikan perasmian penutup tersebut. LAGI GAMBAR SANA-SINI MAJLIS KHATAM QURAN KEBANGSAAN JQAF NEGERI MELAKA - sila klik ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑ ↓ ↑