Posts

RMKe-10: Guru J-QAF ditambah

ALOR SETAR: Kerajaan akan mewujudkan 10,000 perjawatan baru mengisi kekosongan guru J-QAF selaras usaha menambah guru pendidikan Islam di sekolah seluruh negara seperti dirangka dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perjawatan baru itu sebagai tambahan kepada 14,000 guru J-QAF sedia ada di seluruh negara bagi menampung keperluan sekolah. Beliau berkata, usaha menambah sumber manusia membabitkan guru pendidikan agama akan lebih mudah kerana RMKe-10 membuka peluang kepada lulusan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama menjadi guru pendidikan Islam dan J-Qaf. “Justeru, penambahan 10,000 jawatan ini dijangka dapat merealisasikan hasrat menempatkan guru J-QAF di setiap sekolah rendah yang mempunyai pelajar Melayu termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).  “Ketika ini, jumlah guru J-QAF tidak cukup untuk menampung keperluan sekolah dan kita b...

GURU j-QAF LAYAK MOHON GURU CEMERLANG

Image
Dewan Bestari : Isu tentang guru cemerlang mula diperkatakan dikalangan guru-guru pendidikan Islam yang berpeluang untuk memohon untuk menjadi guru cemerlang termasuk guru-guru j-QAF Kohort 2005 (Ambilan Pertama). Akan tetapi guru j-QAF perlu menunggu sehingga tahun hadapan untuk memohon Guru memohon Guru Cemerlang tersebut. PERINGATAN KEPADA GURU j-QAF yang ingin memohon pada tahun hadapan : 1. PRESTASI 3 TAHUN BERTURUT-TURUT 2. MENGUMPUL SEMUA INVOVASI GURU SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT 3. SIJIL-SIJIL KURSUS dan yang berkaitan 4. SOKONGAN LAIN (sila ambil perhatian) JQAFMELAKA berharap agar ramai dikalangan guru-guru j-QAF yagn berdedikasi akan muncul sebagai guru cemerlang tahun hadapan.Buktikan...... Harapan agar info ini dapat memberi manafaat kepada semua guru j-QAF

PEMANGKU GURU/PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus. Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut: Pemohon ...

Rawatan Secara Islam Semua dijemput untuk menghadiri siri ceramah dan bengkel

Image
Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Negeri Melaka dengan kerjasama Persatuan Darus Syifa Negeri Melaka dan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka akan mengadakan ceramah/ bengkel berkaitan pada: Tarikh: 10 Mac 2011 (Khamis) Masa: 2.00 petang Tempat: Dewan Bestari, JPM (Bukit Baru) Sehubungan itu, kepada semua ahli PEKDIS atau Guru Pendidikan Islam di negeri Melaka yang berminat untuk menyertainya, sila hubungi urus setia program berkenaan iaitu Ustaz Hj. Zaabar bin Abu Bakar di talian 232 4607/ 6732 untuk urusan tempat, bahan dan juga jamuan ringan.

Bahan BBM Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Kegunaan Program j-QAF

Image
Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk kegunaan matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sedang giat disiapkan oleh jurulatih utama Negeri di Makmal Komputer dekat SK Jalan Datuk Palembang disini. " Saya berharap hasil yang telah dibuat akan dapat digunakan diseluruh sekolah-sekolah di Negeri Melaka yang menjalankan program j-QAF" kata Ustaz Che Mat Che Leh Penolong Pengarah SPI Melaka. Hasil yang dibuat ini dijangka akan siap dalam tempoh seminggu dan semua guru-guru j-QAF diharap mengambil perhatian tentang perkara ini. Cara untuk mendapatkan ABM ini akan diberitahu melalui blog atau facebook. Seramai lebih 12 orang jurulatih utama Negeri dan Pegawai PPD yang hadir didalam Bengkel selama 3 hari yang diadakan berasingan . BBM ini amat penting untuk merekod dan membantu guru khasnya didalam pengajaran dan pembelajaran.

Dialog Jurulatih Utama j-QAF Bersama Peserta Kursus KPLI j-QAF IPPM Melaka

Image
Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka telah menerima seramai 99 orang peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah KPLI j-QAF LPBS ambilan Januari 2011. Minggu Pengurusan Pelajar telah diadakan sejak hari Isnin yanglalu memberi input dan penerangan tentang program j-QAF sebelum mereka ditempatkan disekolah-sekolah tidak lama lagi. Dialog bersama jurulatih Utama j-QAF Negeri Melaka serba sedikit telah dapat memberi gambaran awal sebelum mereka memasuki alam keguruan tidak lama lagi. Jurulatih utama diketuai oleh Ustaz Abdul Razak Aman dari Sk Ramuan China Besar dan Ustaz Shabani Md Sakan dari Sk Jalan Datuk Palembang." Saya berharap kohort 2011 pada kali ini akan lebih berketrampilan didalam menyambung program j-QAF sejak tahun 2005" ujar Ustaz Abdul Razak selepas dialog selama hampir 4 jam di Dewan Tun Fatimah disini. Turut hadir ialah para pensyarah ialitu Al Fadel Ustaz Wan Nor Azman sebagai Penyelaras j-QAF , Pn Hajjah Maimon ,Pensyarah Kanan, Ustaz Mohd Riduan , Ustaz Ari...

Berita Kaherah

Image
Kaherah : Beribu pemberontak untuk mengguling Presiden Hosni Mubarak tidak putus-putus sejak 25 Januari 2011 yang lalu. Seramai lebih 11,000 orang rakyat Malaysia yang belajar di Universiti al-Azhar dan Perubatan telah mula beredar dari bandar Kaherah menuju Tanta dan Iskandariah. Mereka akan diterbangkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang ke Mesir. Tiada sebarang kejadian buruk yang menimpa pelajar Malaysia buat masa ini. Jakim telah mewartakan untuk bersolat hajat pada hari Jumaat yang lalu. Sebelum itu pemberontak telah memberi sehingga hari Jumaat untuk Presiden keluar dari negera Mesir tetapi menurut sumber berita , Presiden Mubarak enggan keluar kerana beliau menjangkakan keadaan negera Mesir akan lebih buruk. Medan Tahrir menjadi kubu kepada pemberontakan penggulingan presiden tanpa henti sejak 25 Januari lalu. Kerajaan Malaysia telah membuat misi PYRAMID untuk menyelamatkan pelajar Malaysia. Warga jqafmelaka mendoakan keselamatan semua pelajar Mesir. Berita jqafmelaka;