Posts

Dialog Jurulatih Utama j-QAF Bersama Peserta Kursus KPLI j-QAF IPPM Melaka

Image
Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka telah menerima seramai 99 orang peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah KPLI j-QAF LPBS ambilan Januari 2011. Minggu Pengurusan Pelajar telah diadakan sejak hari Isnin yanglalu memberi input dan penerangan tentang program j-QAF sebelum mereka ditempatkan disekolah-sekolah tidak lama lagi. Dialog bersama jurulatih Utama j-QAF Negeri Melaka serba sedikit telah dapat memberi gambaran awal sebelum mereka memasuki alam keguruan tidak lama lagi. Jurulatih utama diketuai oleh Ustaz Abdul Razak Aman dari Sk Ramuan China Besar dan Ustaz Shabani Md Sakan dari Sk Jalan Datuk Palembang." Saya berharap kohort 2011 pada kali ini akan lebih berketrampilan didalam menyambung program j-QAF sejak tahun 2005" ujar Ustaz Abdul Razak selepas dialog selama hampir 4 jam di Dewan Tun Fatimah disini. Turut hadir ialah para pensyarah ialitu Al Fadel Ustaz Wan Nor Azman sebagai Penyelaras j-QAF , Pn Hajjah Maimon ,Pensyarah Kanan, Ustaz Mohd Riduan , Ustaz Ari...

Berita Kaherah

Image
Kaherah : Beribu pemberontak untuk mengguling Presiden Hosni Mubarak tidak putus-putus sejak 25 Januari 2011 yang lalu. Seramai lebih 11,000 orang rakyat Malaysia yang belajar di Universiti al-Azhar dan Perubatan telah mula beredar dari bandar Kaherah menuju Tanta dan Iskandariah. Mereka akan diterbangkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang ke Mesir. Tiada sebarang kejadian buruk yang menimpa pelajar Malaysia buat masa ini. Jakim telah mewartakan untuk bersolat hajat pada hari Jumaat yang lalu. Sebelum itu pemberontak telah memberi sehingga hari Jumaat untuk Presiden keluar dari negera Mesir tetapi menurut sumber berita , Presiden Mubarak enggan keluar kerana beliau menjangkakan keadaan negera Mesir akan lebih buruk. Medan Tahrir menjadi kubu kepada pemberontakan penggulingan presiden tanpa henti sejak 25 Januari lalu. Kerajaan Malaysia telah membuat misi PYRAMID untuk menyelamatkan pelajar Malaysia. Warga jqafmelaka mendoakan keselamatan semua pelajar Mesir. Berita jqafmelaka;

Karnival Pendidikan Negeri melaka

Image

Selamat Menyambut Tahun Baru dan Persekolahan sesi 2011

Salam buat semua dan Selamat Menyambut Tahun Baru dengan keazaman baru dengan sistem pembelajaran baru KSSR yang bakal bermula pada tahun 2011. Semoga pada awal tahun dengan pengalaman sedia ada kita akan lebih memperkemaskan penjadualan , rekod dan strategi untuk tahun 2011. Bagi kohort 2006 tahun ini anak sulung anda bakal akan khatam pada Jun 2011. Pastikan kekemasan perlaksanaan berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada anda semua kerana pencapaian Negeri masih kekal cemerlang dan Penolong Pengarah j-QAF diangkat dengan anugerah Tokoh Kualiti pada tahun lepas menunjukkan j-QAF memang dipandang serius oleh JPN Melaka. Kekalkan momentum anda dan insyallah tahun ini kita akan lakukan perubahan demi perubahan demi agama , bangsa dan negara. Tahniah buat semua. Selamat Menjalani Alam Persekolahan sesi 2011
Image
TAHNIAH!!!!! KEPADA PENGARAH BARU JABATAN PELAJARAN MELAKA Cik Hajah Juliah binti Haji Leman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Melaka yang baharu . Tahniah dan TERIMA KASIH kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Isa bin Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka yang akan berpindah ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSH, KPM) sebagai Pengarah mulai 22 November 2010 ini. Beliau akan menggantikan Dato' Hj. Zulkifly bin Mohd. Wazir yang telah bersara wajib baru-baru ini. DARI WARGA j-QAF NEGERI MELAKA

Muat Turun Model dan Modul KSSR SR 2011

Image
Kepada ustaz dan ustazah sila klik pada tajuk untuk memuat turun Model dan Modul KSSR SR Tahun 2011.Semoga bermanafaat. Info Lanjut sila ke Portal Sektor Pendidikan Islam di http://www.spimelaka.bpi.edu.my/

KEM PERDANA JQAF PERINGKAT NEGERI MELAKA

KEM CHINCHIN : 9 NOVEMBER 2010 : Semua sekolah-sekolah negeri Melaka yang menjalankan program j-QAF terdiri dari 139 buah sekolah telah melibatkan diri didalam Kem Perdana j-QAF Peringkat Negeri Melaka. Kem Perdana ini terdiri dari Kem Bina Juara, Kem Literasi al-Quran dan Kem Bestari Solat Perdana yang berlangsung dari 9 hingga 11 November 2010. Kem Komandan terdiri dari Ustaz yusri Kamaruddin, Ustaz Roslan Mohammad dan Ustaz Mohd Fuad Selleh.