Posts

Selamat Menyambut Tahun Baru dan Persekolahan sesi 2011

Salam buat semua dan Selamat Menyambut Tahun Baru dengan keazaman baru dengan sistem pembelajaran baru KSSR yang bakal bermula pada tahun 2011. Semoga pada awal tahun dengan pengalaman sedia ada kita akan lebih memperkemaskan penjadualan , rekod dan strategi untuk tahun 2011. Bagi kohort 2006 tahun ini anak sulung anda bakal akan khatam pada Jun 2011. Pastikan kekemasan perlaksanaan berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada anda semua kerana pencapaian Negeri masih kekal cemerlang dan Penolong Pengarah j-QAF diangkat dengan anugerah Tokoh Kualiti pada tahun lepas menunjukkan j-QAF memang dipandang serius oleh JPN Melaka. Kekalkan momentum anda dan insyallah tahun ini kita akan lakukan perubahan demi perubahan demi agama , bangsa dan negara. Tahniah buat semua. Selamat Menjalani Alam Persekolahan sesi 2011
Image
TAHNIAH!!!!! KEPADA PENGARAH BARU JABATAN PELAJARAN MELAKA Cik Hajah Juliah binti Haji Leman, Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Melaka yang baharu . Tahniah dan TERIMA KASIH kepada Yang Berbahagia Datuk Haji Isa bin Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka yang akan berpindah ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (BPSH, KPM) sebagai Pengarah mulai 22 November 2010 ini. Beliau akan menggantikan Dato' Hj. Zulkifly bin Mohd. Wazir yang telah bersara wajib baru-baru ini. DARI WARGA j-QAF NEGERI MELAKA

Muat Turun Model dan Modul KSSR SR 2011

Image
Kepada ustaz dan ustazah sila klik pada tajuk untuk memuat turun Model dan Modul KSSR SR Tahun 2011.Semoga bermanafaat. Info Lanjut sila ke Portal Sektor Pendidikan Islam di http://www.spimelaka.bpi.edu.my/

KEM PERDANA JQAF PERINGKAT NEGERI MELAKA

KEM CHINCHIN : 9 NOVEMBER 2010 : Semua sekolah-sekolah negeri Melaka yang menjalankan program j-QAF terdiri dari 139 buah sekolah telah melibatkan diri didalam Kem Perdana j-QAF Peringkat Negeri Melaka. Kem Perdana ini terdiri dari Kem Bina Juara, Kem Literasi al-Quran dan Kem Bestari Solat Perdana yang berlangsung dari 9 hingga 11 November 2010. Kem Komandan terdiri dari Ustaz yusri Kamaruddin, Ustaz Roslan Mohammad dan Ustaz Mohd Fuad Selleh.

Mesyuarat Pelaporan Peringkat Negeri 2010

Bilik Melati : JPN Melaka 4 November 2010 , Seramai lebih 20 orang jurulatih utama berkumpul untuk bermesyuarat dan mengumpul pelaporan negeri disini. Menurut Ustaz Che Mat Che Leh , segala pengumpulan akan dibawa ke Bahagian Pendidikan Islam (BPI) pada minggu depan. Bercakap dihadapan semua jurulatih mengingatkan agar " Pekeliling Bahasa Arab Tambahan Satu Waktu kepada Tiga Waktu " secara rasmi akan dilaksanakan tahun depan. Beliau juga mengambil kesempatan untuk menerangkan jawatankuasa Kem Bina Juara, Kem Literasi al-Quran dan Kem Bestari Solat Perdana yang dijalankan serentak.

Slogan j-QAF WORLD Negeri Melaka jangan dilupakan : Ketua Sektor

Image
SK Tanjung Minyak : Seramai 239 orang guru-guru j-QAF dari 139 buah sekolah seluruh negeri Melaka telah berkampung untuk berkursus pendedahan KSSR Bahasa Arab Tahun Satu dan HSP Tahun 4. " Saya memang tidak melepaskan peluang apabila dipanggil untuk bertemu dengan guru-guru j-QAF kerana situasi kini tidak mengizinkan program-program atau kursus diadakan secara kerap" sekilas ucapan dari Tuan Hj Ismail Mohd Ketua Sektor , Sektor Pendidikan Islam JPN Melaka. " Saya amat berharap semua guru-guru j-QAF mengekalkan momentum dari segala segi demi kemajuan tahap pendidikan khususnya pendidikan islam di Negeri Melaka.Idea Slogan j-QAF World yang saya cernakan harap tidak dilupakan oleh semua warga j-QAF" berucap semasa Perasmian Penutup Kursus di Dewan Besar SK Tanjung Minyak. Turut hadir Ustaz Che Mat Che Leh Penolong Pengarah j-QAF, Ustaz Yang Mulia Raja Abdullah Raja Setapa PPD Jasin.Majlis diiringi dengan penyampaian sijil kepada semua peserta dan berakhir pada jam 5.0...

Peserta Kursus Bersemangat Jitu

Image
26 Oktober 2010 :Selama dua hari para peserta kursus didedahkan dengan pelbagai teknik dan sukatan baru sempena dengan sistem baru yang diperkenalkan oleh kementerian pelajaran iaitu KSSR yang akan bermula tahun depan. Pendedahan ini akan dipraktikkan disekolah masing-masing mulai tahun depan. Jurulatih Bahasa Arab merangkap ketua program , Ustaz Yusri berkata " Saya amat berpuas hati dengan kehadiran dan komitmen semua peserta kursus yang tidak jemu menerima input selama dua hari disini. " Katanya sejurus majlis penutup itu pada petang ini.