Posts

Perubahan Pemarkahan dalam Ihtifal

Image
3 hb JUlai 2009 City Villa :Sistem pemarkahan dalam aspek Tilawah al-Quran,Dikir Barat dan Kalam Jamaei bakal akan meyaksikan sedikit perubahan setelah kursus penghakiman disini. Menurut Ustaz Che Mat Che Leh Penolong Pengarah j-QAF " Kita melihat beberapa perkara yang perlu di perkasa dari beberapa sudut penghakiman untuk diubah dan ditambah memandangkan skop pertandingan semakin hebat setelah lima tahun diperkenalkan program j-QAF" ujar beliau sebaik sahaja tamat sesi perbincangan para hakim di sini.

Kursus Penghakiman Guru-guru j-QAF Melaka

2-4 Julai : City Villa Hotel Seramai lebih 40 orang guru-guru jqaf diberi pendedahan tentang ciri-ciri pengadilan untuk Ihtifal Khatam al-Quran yang akan diadakan tidak lama lagi. Dimajlis pembukaan Ustaz Hariss bin Mahat percaya guru-guru j-Qaf yang terpilih didalam kursus ini mampu menjadi hakim yang berkaliber memandangkan kemampuan guru-guru j-QAF yang sangat baik.Katanya ketika menyampaikan ceramah pertama.KUrsus akan berlangsung selama dua hari membincangkan tentang penghakiman IHtifal Khatm al-Quran yang dijangka akan berlangsung tidak lama lagi.

Pengumpulan data berjalan lancar

Seramai 25 orang jurulatih utama dari tiga daerah di Melaka telah bertungkus lumus meyiapkan penyatuan data pelaporan bulan Jun 2009. Secara keseluruhan semua data telah dapat disiapkan oelh semua sekolah disemua daerah. Cuma beberapa buah sekolah yang berlaku kesilapan data yang perlu diperbaiki. Turut hadir ialah Ustaz Hassan dari PPD Melaka Tengah ,Us YM Raja Abdullah dari PPD Jasin dan Us Hanafiah dari PPD Alor Gajah.Ustaz YM Raja Abdullah berkata " Saya amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh semua jurlatih terutamanya dari Jasin" kata beliau ketika berucap mengantikan Ustaz Che Mat yang terpaksa ke Jasin menghadiri mesyuarat disana. Beliau bagaimanapun sempat hadir ke Bilik Komputer Cheng sebelum mesyuarat berakhir. Berita j-QAF

Pengumpulan terakhir Pelaporan j-QAF

Pengumpulan pelaporan terakhir akan berlangsung pada 22 Jun 2009 di Sek Keb Tanjung Minyak.Seramai 25 orang jurulatih utama berkumpul untuk menyatukan semua pelaporan yang telah dibuat dikawasan masing-masing. Menurut Us Helmi Mian dikawasan Alor Gajah masih ada beberapa buah sekolah yang masih tidak dapat menghantar pelaporan.Sementara di Melaka Tengah Ustaz Yusri berpuas hati dengan semua penghantaran walaupun beberapa masalah yang timbul akibat masalah teknikal dan kesalahan kemasukan data.Data pelaporan Melaka dijangka akan dihantar ke Putrajaya pada awal Julai ini. Berita j-QAF

Selamat Ulang Tahun Ke 2 Blog JqafMelaka

Hari ini genap dua tahun perjalanan Blog Jqaf Melaka didalam perjuangan menyampaikan maklumat berita kepada semua guru jqaf negeri Melaka khususnya. Dalam tempoh dua thun pihak blog akan berusaha meaik taraf blog kepada portal kerana sambutan kunjungan yang sangat menggalakkan dari semua pelusuk tanah air Malaysia. Kami akan berusaha untuk membantu semua guru dari sudut berita terkini. Dan sejak beberapa minggu lepas kami telah melancarkan FORUM JQAFWORLD yang boleh dilawati di http://jqafworld.freeforums.org sebagai wadah perbincangan profesional semua guru jqaf. HAPPY BIRTHDAY uBBALAK ALF SAM'A aDMIN " Saya mengucapkan tahniah kepada blog Jqafmelaka kerana telah memberi sepenuh kerjasama dengan pihak jabatan dan kami mengharapkan ia menjadi medan terbaik untuk penyampaian maklumat terutama sesuatu yang bersikap segera. Terima kasih kepada semua pengunjung dan pihak pengurusan blog yang telah bertungkuslumus membina blog walau banyak cabaran yang telah dilalui secara sukarela...

Selamat mengajar kepada semua guru-guru jQAF

14Jun: Setelah dua minggu berehat dan bercuti kini tiba masa untuk memulakan penggal seterusnya dan tanggal 17,18 dan 19 adalah tarikh pengumpulan penuh semua data-data pelaporan. Harapan agar semua telah siap dengan sempurna.Dan untuk kohort 2005 bakal menyaksikan perubahan pelajar thun 5 yang bakal dipantau nanti.Selamat bertugas

Taklimat Pelaporan di semua daerah serentak dari 26-28 Mei

Semua daerah telah memberi taklimat pengisian format pelaporan j-QAF di semua tiga daerah di Negeri Melaka.Taklimat telah ditaklimatkan oleh jurulatih utama daerah yang diketuai oleh Us Shabani Melaka Tengah, Us Azrani - Jasin dan Us Rashdan Alor Gajah. Semua guru-guru j-QAF telah diberi file e-setup 9.3 versi terbaru untuk diisi segala laporan dengan prestasi para pelajar j-QAF sekolah masing-masing.Menurut Us Rashdan semua guru perlu menyiapkan laporan tersebut dan dihantar ke satu sesi pengumpulan yang akan dijalankan pada 17 hingga 19 haribulan selepas cuti sekolah nanti. " Saya harap tiada sekolah yang keringgalan dalam penghantaran itu nanti " ujar beliau ketika sesi takliat di PKG Masjid Tanah disini. Seramai lebih 30 orang guru dari seluruh kawasan Masjid Tanah hadir kemajlis tersebut. Turut hadir ialah Ustaz Hanafiah Pegawai PPD Alor Gajah dan Us Che Mat Che Leh.