Posts

PERTAHANKAN JQAF

Akhir-akhir ini banyak aduan tentang bidang kerja yang dibebani kepada guru-guru jQAF yang dirancang untuk tahun hadapan.Antara masalah ialah lantikan menjadi guru Media,Emis dan ICT yang menyebabkan pertambahan jadual waktu kepada guru-guru tersebut.Pihak blog telah mendapat khidmat nasihat dari pihak-pihak berwajib tentang maslah tersebut.Komen mereka, hal ini sebenarnya adalah satu perkembangan yang baik kerana kebanyakan guru-guru jQAF adalah dikalangan yang diperlukan disekolah tetapi mereka yang terlibat perlu ingat tentang tanggung jawab yang berat yang mesti dipikul untuk menentukan murid mencapai aras seperti dikehendaki agar matlamat pada 2010 akan tercapai.Kalau bole bincang dengan pihak pentadbir akan bidang tugas sebenar kerana dibimbangi dengan bidang tugas yang diberikan menyebabkan tugas-tugas jQAF akan diserahkan kepada rakan-rakan jQAF sebumbung utk diselesaikan meyebabkan saki baki guru jQAF itu akan ditimpa bebanan pertambahan murid semasa P&P dan Tasmik.Perlu d...

APA KHABAR SEMUA

Assalamualaikum semua.Blog jQAF sudah lama sepi .Kami akan memaparkan segala berita terkini dan mutakhir utk semua.Khabarnya Kem Imtiyaz sedang diperbincangkan dan akan dilaksanakandi semua kawasan di Negeri Melaka.Semasa pihak blog menghubungi boss jQAF,beliau memaklumkan Kem ini insyallah akan diadakan selepas Mukhayyam Araby nanti.Juga Pelaporan jQAF yang boleh mula diisi oleh semua guru-guru jQAF selepas peperiksaan Akhir Tahun nanti.Kami akan paparkan segala yang terkini nanti .InsyaAllah.

"Selagi saya memimpin Kementerian saya akan menyokong dan mempertahankan j-QAF" -YB Datuk Seri Hishamuddin Menteri Pelajaran Malaysia

Image
16September,Bayan Lepas : Pada Majlis Penutupan Khatam Quran Perdana Kebangsaan di Kompleks Tabung Haji disini, YB Datuk Seri Hishamuddin merasa yakin dengan program j-QAF yang telah berlangsung hampir empat tahun perlaksanaan."Saya melihat program murni j-QAF ini telah melalui landasan yang ditetapkan semenjak diperkenalkan pada tahun 2005"ujar beliau ketika berucap merasmikan majlis tersebut.Beliau mengingatkan bahawa kekuatan dalaman dalam menjana modal insan amat penting didalam mereliasasikan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.Ujar beliau lagi seramai 1.6 juta pelajar seluruh negara sedang mengikuti program j-QAF yang dinaungi oleh lebih 13,000 orang guru j-QAF diseluruh negara.Belaiu amat yakin dengan kemampuan program ini yang diwartakan telah mencapai pencapaian yang memberangsangkan.Majlis dihadiri oleh Tuan Hj Ibrahim Mohamad Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang yang dahulunya berucap pada majlis penutupan tersebut.Sebanyak 14 buah ...

SANA SINI MAJLIS KHATAM ALQURAN PERDANA KEBANGSAAN 2008

Image
YB Menteri Pelajaran Mesra Bersama Kontigen Melaka

Pengarah Melaka dan Ketua Sektor Sokong Penuh

Image
16September: Bayan Lepas Tuan Pengarah Pelajaran Melaka Tuan Hj Isa bin Abu serta Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral hadir di Majlis Khatam Quran Perdana yang gilang gemilang petang ini.Tuan Pengarah sempat berbual mesra dengan kontigen Melaka yang memberi semangat kepada semua kontigen yang terlibat. Tuan Hj Ismail bin Mohamd membayangkan Majlis Khatam Perdana mungkin akan diadakan diMelaka tahun hadapan.Beliau yang kelihatan mesra bersama Tuan Pengarah berharap agar semua pelajar j-QAF bersungguh-sungguh untuk khatam al-Quran supaya majlis yang mungkin diadakan di Melaka pada tahun hadapan akan menggambarkan situasi sebenar pencapaian murid j-QAF negeri Melaka.Pada majlis itu Ketua Kontigen Us Che Mat menerima cenderahati dari YAB Menteri Pelajaran Berita jQAF

Majlis Khatam al-Quran Perdana j-QAF

Image
16 September - Bayan Lepas P.Pinang : Majlis Khatam Quran Perdana telah diadakan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas yang dihadiri oleh semua kontigen dari seluruh negera termasuk negeri Melaka yang diwakili oleh sepuluh orang peserta lelaki dan perempuan dari sekolah yang telah menjayakan pertandingan Ihtifal Peringkat Kawasan baru-baru ini.Ketua Kontigen Us Che Mat Che Leh juga Penolong Pengarah j-QAF Negeri Melaka sendiri bersama tiga orang jurulatih, Ustaz Ab Razak Aman , Ustz Siti Hanim Abdullah dan Ustz Faezah Hashim.Program selama tiga hari itu dipenuhi dengan pelbagai program menarik disamping lawatan dikawasan sekitar Pulau Mutiara.Pada Majlis Penutupan tersebut Pengarah Pelajaran Melaka dan Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral sempat bersama didalam Majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia.

Majlis Khatam Quran Perdana

Dewan Khawarizmi 5 September : Majlis Khatam al-Quran Perdana akan diadakan di Dewan MITC Ayer Keroh dijangka pada 17 September ini yang bakal dihadiri oleh 10,000 pelajar dari Tahun 1 - hingga enam yang telah khatam al-Quran.Majlis ini bakal mencipta sejarah Malaysia's Book of Record yang mana buat pertama kalinya 10,000 akan menjalankan khatam al-Quran serentak.Sehubungan dengan itu Ketua Unit Sektor Pendidikan Islam Ustaz Daharom berharap agar semua ketua panitia yang telah dipanggil mesyuarat dapat memberi kerjasama untuk menghantar nama-nama pelajar yang telah khatam al-Quran." Saya harap nama pelajar yang dihantar adalah dikalangan pelajar yang tidak bersekolah di SRA JAIM.Walaupun agak sulit untuk mendapatkan senarai nama pelajar tetapi saya percaya majlis ini akan dijalankan dengan baik " ujar beliau semasa memberi taklimat kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam seluruh negeri Melaka disini. Sementara itu Ustaz Hisham mengingatkan peruntukan Ihya' Ramadha...