Posts

"Selagi saya memimpin Kementerian saya akan menyokong dan mempertahankan j-QAF" -YB Datuk Seri Hishamuddin Menteri Pelajaran Malaysia

Image
16September,Bayan Lepas : Pada Majlis Penutupan Khatam Quran Perdana Kebangsaan di Kompleks Tabung Haji disini, YB Datuk Seri Hishamuddin merasa yakin dengan program j-QAF yang telah berlangsung hampir empat tahun perlaksanaan."Saya melihat program murni j-QAF ini telah melalui landasan yang ditetapkan semenjak diperkenalkan pada tahun 2005"ujar beliau ketika berucap merasmikan majlis tersebut.Beliau mengingatkan bahawa kekuatan dalaman dalam menjana modal insan amat penting didalam mereliasasikan hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju pada tahun 2020.Ujar beliau lagi seramai 1.6 juta pelajar seluruh negara sedang mengikuti program j-QAF yang dinaungi oleh lebih 13,000 orang guru j-QAF diseluruh negara.Belaiu amat yakin dengan kemampuan program ini yang diwartakan telah mencapai pencapaian yang memberangsangkan.Majlis dihadiri oleh Tuan Hj Ibrahim Mohamad Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang yang dahulunya berucap pada majlis penutupan tersebut.Sebanyak 14 buah ...

SANA SINI MAJLIS KHATAM ALQURAN PERDANA KEBANGSAAN 2008

Image
YB Menteri Pelajaran Mesra Bersama Kontigen Melaka

Pengarah Melaka dan Ketua Sektor Sokong Penuh

Image
16September: Bayan Lepas Tuan Pengarah Pelajaran Melaka Tuan Hj Isa bin Abu serta Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral hadir di Majlis Khatam Quran Perdana yang gilang gemilang petang ini.Tuan Pengarah sempat berbual mesra dengan kontigen Melaka yang memberi semangat kepada semua kontigen yang terlibat. Tuan Hj Ismail bin Mohamd membayangkan Majlis Khatam Perdana mungkin akan diadakan diMelaka tahun hadapan.Beliau yang kelihatan mesra bersama Tuan Pengarah berharap agar semua pelajar j-QAF bersungguh-sungguh untuk khatam al-Quran supaya majlis yang mungkin diadakan di Melaka pada tahun hadapan akan menggambarkan situasi sebenar pencapaian murid j-QAF negeri Melaka.Pada majlis itu Ketua Kontigen Us Che Mat menerima cenderahati dari YAB Menteri Pelajaran Berita jQAF

Majlis Khatam al-Quran Perdana j-QAF

Image
16 September - Bayan Lepas P.Pinang : Majlis Khatam Quran Perdana telah diadakan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas yang dihadiri oleh semua kontigen dari seluruh negera termasuk negeri Melaka yang diwakili oleh sepuluh orang peserta lelaki dan perempuan dari sekolah yang telah menjayakan pertandingan Ihtifal Peringkat Kawasan baru-baru ini.Ketua Kontigen Us Che Mat Che Leh juga Penolong Pengarah j-QAF Negeri Melaka sendiri bersama tiga orang jurulatih, Ustaz Ab Razak Aman , Ustz Siti Hanim Abdullah dan Ustz Faezah Hashim.Program selama tiga hari itu dipenuhi dengan pelbagai program menarik disamping lawatan dikawasan sekitar Pulau Mutiara.Pada Majlis Penutupan tersebut Pengarah Pelajaran Melaka dan Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral sempat bersama didalam Majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia.

Majlis Khatam Quran Perdana

Dewan Khawarizmi 5 September : Majlis Khatam al-Quran Perdana akan diadakan di Dewan MITC Ayer Keroh dijangka pada 17 September ini yang bakal dihadiri oleh 10,000 pelajar dari Tahun 1 - hingga enam yang telah khatam al-Quran.Majlis ini bakal mencipta sejarah Malaysia's Book of Record yang mana buat pertama kalinya 10,000 akan menjalankan khatam al-Quran serentak.Sehubungan dengan itu Ketua Unit Sektor Pendidikan Islam Ustaz Daharom berharap agar semua ketua panitia yang telah dipanggil mesyuarat dapat memberi kerjasama untuk menghantar nama-nama pelajar yang telah khatam al-Quran." Saya harap nama pelajar yang dihantar adalah dikalangan pelajar yang tidak bersekolah di SRA JAIM.Walaupun agak sulit untuk mendapatkan senarai nama pelajar tetapi saya percaya majlis ini akan dijalankan dengan baik " ujar beliau semasa memberi taklimat kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam seluruh negeri Melaka disini. Sementara itu Ustaz Hisham mengingatkan peruntukan Ihya' Ramadha...

j-QAF adalah satu program yang unik -Pengarah

Image
SK Kemendur 28 Ogos 2008 : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Melaka Tuan Hj Isa Abu merasakan program j-QAF adalah satu program yang begitu unik dari segi perlaksanaannya.Beliau yang berucap di Majlis Peramian Penutup Ihtifal Khatam al-Quran tengahari ini berharap slogan j-QAF World akan dapat melahirkan warga Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia." Saya amat berharap agar sasaran khatam al-Quran bagi pelajar tahun empat pada tahun ini akan tercapai seperti yang dirancang pada tahun 2010.Saya amat percaya dengan kemampuan guru-guru j-QAF yang semuanya dipilih dikalangan graduan ijazah dari dalam dan luar negara." ujar beliau.Beliau berharap j-QAF Melaka tidak hanya hebat di Negeri Melaka tetapi juga akan tetap hebat di peringkat kebangsaan.Beliau memaklumkan satu program besar yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan iaitu Program 10,000 Khatam al-Quran yang akan dikelolakan bersama Jabatan Pelajaran Melaka dan Majl...

j-QAF World memang sinonim dengan j-QAF Negeri Melaka -Ketua Sektor

Image
SK Kemendur 28 Ogos : Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral JPN Melaka berasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Ihtifal pada tahun ini.Beliau yang berucap dimajlis penutupan memaklumkan seramai 448 guru j-QAF yang berada dinegeri Melaka perlu meneruskan usahagigih didalam menjayakan program yang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui idea YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2004 yang lalu." Kita telah melancarkan slogan j-QAF World bagi Negeri Melaka sebagai satu semangat dan pandu arah j-QAF negeri ini.Apa yang membanggakan kita ialah Negeri Melaka telah mencapai 90% pencapaian didalam pelaporan j-QAF baru-baru ini"Ujar beliau ketika berucap di majlis perasmian disini.Beliau amat yakin dan percaya dengan semua warga j-QAF Negeri Melaka yang telah memberi komitmen yang begitu baik didalam menjayakan program murni ini.Beliau juga memaklumkan kewujudan blog yang dibangunkan sendiri oleh para juru...